Sangat berterima kasih kepada Miss F sebab menemukan saya dengan buku cerita yang kelakar semasa percutian 3 hari 2 malam di Kampung Sesapan Kelubi, Beranang minggu lepas.
Esok pagi nak pergi interview, malamnya duk khatamkan buku cerita sampai habis. Even masa pergi Halfest 2011 pun sanggup baca dalam komuter. Memang dahsyat penangan buku cerita ini.
buku 1st tapi saya tak baca lagi sebab Miss F xtahu letak duduk buku tersebut
buku yang kedua
kalau nak tahu apa maksud lelaki baik kena baca buku ini
ini plak buku yang ketiga
bilalah boleh tahu siapa sebenarnya Tuan Pangkah itu?
Buku ini sangat kelakar. Kalau baca dengan penuh penghayatan boleh gelak tergolek-golek. Tapi ia penuh dengan nilai-nilai moral. Baca buku ini memang tak stress lah macam baca novel cinta.
Kehidupan saya lebih kurang macam watak utama novel ini, Idlan Rayyan. Idlan Rayyan ni walaupun mempunyai degree dalam ekonomi tapi dia bekerja sebagai mat despatch. Sama kan? Tapi saya bukan mat despatch lah..
Watak Idlan Rayyan macam watak manusia biasa yang tanpa kita sedar umpama diri kita sendiri. Dalam novel ni, Idlan Rayyan selalu jadi mangsa housemates dan kawan-kawannya untuk mintak tolong. Dan Idlan Rayyan ni tak pernah menolak. Tapi dia selalu dalam dilema dan stress macam mana nak tolong kawan-kawan. Tu yang dia tulis diari. Diari tempat dia luahkan perasaan.
Sama tak macam diri kita semua? Kalau kawan mintak tolong takkan nak menolong kot. Tapi kadang-kala pernah tak kita rasa stress bila orang mintak tolong? Lepas tu luahkan blog. Hehe..
Antara nasihat yang paling saya ingat ialah, "Kalau kita jaga keaiban orang lain, Allah akan jaga keaiban kita"
Situasi ni berlaku semasa Mahmud selalu merendahkan Idlan Rayyan sebab menyangka Idlan Rayyan hanya lulus PMR dan sebab itu bekerja sebagai Mat Despatch. Sedangkan Mahmud lulus SPM dan bekerja di kilang. Padahal Mahmud tak tahu si Idlan ni ada degree.
So, lepas ni tak payah dok stress-stress baca novel cinta lagi. Lepas ni boleh layan buku cerita kelakar-kelakar yer..



2 comments:
macam best je buku2 tu, tak sabar nak p kedai buku nak cari,huhu
@ yup..novel2 die smua best2..penuh dgn nilai2 moral.. kte pun baru berkenalan dgn hasil karya penulis
Post a Comment