Yup. Walaupun sudah lebih dua minggu berlalu hari keramat tu, saya tetap nak cakap juga. Kalau ada yang bosan sila tekan simbol pangkah (X) kat tepi atas kanan window. Sebab kenangan tetap tersemat di sanubari. Ceh..
Siapalah tak suka konvokesyen. Dah penat-penat belajar, mestilah meraikan. Betul tak? Walaupun sekarang masa depan kelam dan samar-samar =.=
Tapi masa hari konvokesyen xdelah bergambar banyak macam pre-convocation photoshoot. Kalau ada pun semua gambar candid dan bermuka masam.
Kenapa bermuka masam? Sebab tak selesa dengan shawl. Selalu pakai shawl jenis jojet tapi hari tu terbeli shawl jenis chiffon. Dah lah hari tu first time try gaya lilitan berbeza. HAMBIK KO. Terus shawl pun nampak pelik kat muka.
Tips untuk junior yang bakal graduate tahun depan, sila jangan cuba sesuatu yang baru untuk hari bersejarah nanti.
Bila sesi terima skrol waktu petang, ia memang sangat kelang-kabut untuk sebelum dan selepas terima skrol. Nak solat lagi. Yang perempuan of courselah nak bermake-up. Tapi memandangkan cuaca panas terik. Amat sia-sia jer letak bedak segala sebab make-up akan cair.
Tips untuk junior, semoga korang dapat sesi pagi, lepas habis terima skrol boleh wakaf pesta konvo tayang jubah dan skrol..Hehe..Tapi tak baik menunjuk-nunjuk kan?
Dan saya rasa buat pertama kalinya dalam sejarah bila sesi konvokesyen di sambut dengan ribut dan hujan lebat. Tu pun salah satu kenapa gambar waktu hari konvo tak banyak.
bangga wei bila nama tersenarai dalam buku ini
beberapa sebelum ribut. Hari kedua konvo, banner ni terus xde sebab terbang di tiup ribut
so, inilah gambar selepas menerima skrol. Saje jer edit supaya nampak macam-macam klasik sikit. Padahal gambar sebelum edit pun dah klasik sebab langit dah gelap time ni, awan dah bergumpal-gumpal dan titis-titis hujan mulai turun.
Gambar masa terima skrol pun sangat pelik. Yer lah sedar diri, diri ini bukan model yang nampak cantik even candid. Sedar diri tak photogenic. Pastu timing nak menghadap kamera supaya gambar nampak muka pun kena tepat. Tapi kebanyakkan timing tak tepat termasuk diri ini. Sob Sob Sob. Tapi mak kata kte perlu bersyukur sebab penat kameraman berdiri nak ambik gambar 500 lebih graduan.
Tips untuk junior, seminggu sebelum tarikh keramat boleh lah praktis senyuman menawam di depan cermin. Insya-Allah gambar masa terima skrol mesti photogenic.
so, inilah gambar masa terima skrol dari pro-canselor
ini pula smart card yang wajib dibawa semasa hari konvo sebab kalau tak bawak, waktu kat atas pentas terima skrol, nama tak terpampang kat skrin besar di DSM.
p/s: nak buat entri pasal dinner alumni tapi ada sedikit masalah teknikal. Entah bila lah entri tu akan diterbitkan.
Update:
Lagu koir ni selingan sebelum course saya naik pentas. Before ni memang dah pernah dengar kat youtube. Takde feel sangat. Bila dengar dalam DSM itu hari memang rasa sebak lah. Ingat tak saya pernah cerita pasal kawan saya yang nangis bila DObby mati dalam cerita Harry Potter, masa dia dengar lagu ni, air mata dia dah berjurai-jurai padahal sekejap lagi nak naik pentas.





2 comments:
congrats again for ur convocation dear! :)
tq dear
Post a Comment