Still about my convocation. Seperti nasihat dalam entri terdahulu, sila tekan pangkah (X) kat atas bahagian kanan window kalau rasa dah muak. Hehe..
Post-Photoshoot Convocation sebenarnya agak menyedihkan sebab hanya saya dan cik Senora Eqaa jer yang terlibat. Tak macam pre-photoshoot penuh dengan kemeriahan.
Walaubagaimanapun terima kasih kepada Encik MyzaEqaa yang telah bermandi peluh menjadi photographer rasmi untuk photoshoot kali ini.
Dan agak menyedihkan apabila tempat sepatutnya sesi photography berlangsung iaitu di Bukit Puteri tidak dapat dilawati atas sebab baikpulih.
Disebabkan cuaca yang panas terik. Cuaca kat Terengganu memang panas terik pun. Gambar kebanyakan mata sepet dan muka berminyak. So, tidak wajar untuk dijadikan tontonan umum.
dalam banyak-banyak gambar yang dicapture hasil titik peluh encik photographer, saya paling suka gambar yang ini. Hasil kreativiti encik photographer. Gambar yang nampak lubang hidung ini yang menjadi PUJAAN HATIKU. hehe..
inilah tempat yang ingin dilawati cik Senora Eqaa
Hanya mampu melihat dari jauh sahaja
Seperti biasa semua gambar dikreditkan kepada cik Senora Eqaa.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Terengganuan, Cik Senora Eqaa, Cik Mizushimahiro R-ein dan Cik 'Afifah (ex-roommate) atas layanan baik semasa berada di tanah negeri Monson.
Syabas juga diucapkan kepada MPP yang berjaya mengadakan Pesta Konvokesyen yang paling best sekali. Even hanya sempat tawaf pesta konvo sekali jer. Dan agak terkejut pula bila tapak pesta beralih tempat. *Alhamdullilah cadangan setahun yang lalu berjaya dilaksanakan walaupun pada tahun lepas kami diletakkan syarat untuk tidak kacau tempat letak kereta di TNB.* Dan yang paling menyedihkan tak jumpa Gerai Food Science Club. Sob, sob. Rindu kat chicken teriyaki dan chicken kebab. Nampaknya lepas ni mantan chef chicken kebab dan chicken teriyaki kena turun dapur kalau teringin nak makan. Huhu..
p/s: memandangkan cik Mizushimahiro R-ein xjumpa lagi kabel kamera, entah bilalah dapat buat entri pasal dinner alumni yang best tu..


2 comments:
ni mesti kes letak kabel kamera sepah2 ni.hehe
memang pun..tu y sampai skarang x jumpa2 lagi..hehe
Post a Comment