Salam
JARANG. Atau perkataan yang paling tepat TIDAK PERNAH blog ini tidak ber-update melebihi 1 minggu. Selalunya, walaupun sibuk dengan tesis, sibuk dengan assignment, sibuk dengan segala macam program, blog ini tetap diupdate walaupun cuma beberapa patah perkataan atau sebarang klip video yang dimuatnaik tanda blog dikemaskini.
Hanya ada 2 sebab kenapa blog ini tidak dikemaskini (update).
Yang pertama
Empunya blog sekarang sedang melalui fasa apabila seseorang sudah habis belajar, tidak membuat apa-apa, menunggu panggilan temuduga dan sebagainya atau dalam bahasa mudahnya PENGANGGUR. Maka aktiviti harian tidak lah menarik untuk dijadikan bahan buat tatapan pengikut setia sekalian. OK. Ayat kurang sesuai. Bukan tidak menarik. Cuma macam loser sahaja menceritakan rutin harian sebagai seorang CEO di ladang jagung sendiri. (Faham tak?). Yer lah. Mana tak rasa loser. Di saat teman-teman seperjuangan sibuk mengirim status terkini masing-masing di laman sosial tentang kehidupan mereka yang baru bermula, dan empunya blog pula bersenang-lenang di rumah menghabiskan bacaan novel-novel di rumah dan menonton segala macam movie di dalam harddisk. Tak pun main tarik tali dengan HR sama ada nak pergi temuduga atau pun tidak. Oppsss, secara tak sengaja telah memberi tahu tentang aktiviti harian seorang penganggur.
Yang kedua
Kabel laptop yang dibaiki setahun yang lepas sudah berada ditahap yang kritikal. Atas sebab kemalasan untuk menghantar ke kedai, maka segala aktiviti yang berbentuk maya juga tertunda-tunda. Sebenarnya bukan itu sahaja, laptop empunya blog sudah tidak mempunyai tulang belakang. Dah tak boleh stand sendiri. Kena letak dekat dengan dinding atau mengatur buku-buku supaya laptop dapat stand. Sungguh sadis kan? Macam orang lumpuh yang tak berdiri. Kamera pun dah rosak sebab terjatuh ketika berpraktikal. Sungguh sadis kan. Dah habis belajar, gajet-gajet kesayangan rosak, tak de duit, xde keje. Kehidupan sebagai seorang penganggur sememangnya sadis.
Sebenarnya, kehidupan tak delah loser sangat. Dalam minggu ini pergi interview, dalam minggu ini juga dapat tawaran kerja. Tapi terpaksa tolak sebab bukan di tempat yang dikehendaki. YUP. Kalau jadi perempuan, jika anda tawaran kerja di bandaraya yang besar yang dimana anda tidak mempunyai waris, ibubapa akan keberatan melepaskan anda pergi. TIPIKAL bukan? Tapi, ginilah. Marilah kita berfikiran POSITIF. Yup POSITIF yer. Ada rezeki yang lebih baik untuk empunya blog. So, sama-samalah kita doakan. Amin.
9 comments:
tabahkan hati kak.. tawaran keje yang akak tolak tu jawatan apa?
sadis sangat ker baca entri tu? sebenarnya akak dalam dilema. akak dah fikir kalau dpt job akak terus terima atau tolak. then, bila dpt kt tempat lain, family x bg..rasa mcm happy..bersyukur..sbb before g interview akak dh terfikir berapa lama lah akak boleh tahan keje kat situ..keje as nutritionist cum sales girl..kena balik lmbat, pakai uniform, tiap2 bulan kena capai target sales..scary kan?
wah...kedngaran scary tu..
hopefully entri ini x mempengaruhi masa depan korang bila korang dh habis belajar nnti..
nurul saba ye..insyaallah ada rezki x kemana..truskan usaha mencari kerja ya...=)
ye betul tu mun..teruskan usaha..
same wit me...myb ade yg lebih baik untuk kite nanti....sbr ye nurul syg!! nway...saye suke gaya bhse anda!!..bak kate yana z...ayat novel1!1 walla...memg bezz :) saye suke....:)
mne.ko jgn ckp gnc lagi.kui3
myza eqaa- owh..terima kasih..cita-cita mase remaja nak jadi novelis tapi tak tercapai..so, cukuplah sekadar menulis blog..novel!1 tu apa die?
Munirah Ismail - xlah bukan gnc..watson jer..
Post a Comment