Salam
Kronologi penyakit yang bernama demam itu bermula apabila tekak berasa perit. Masa tu, mulalah gelabah cari air suam untuk minum. Sebelum ini main tibai jer air sejuk dan ais segala.
Kemudian, mukus-mukus dalam hidung mengeluarkan produk dengan banyak tapi dalam kepekatan yang cair. Itu dipanggil hingus. Bila hingus meleleh dan bersin yang banyak kali, ini menyebabkan hidung gatal-gatal. Kadang-kala merebak ke mata. Itu dipanggil selesema.
Masa ini, mata layu jer. Dan bila hidung mengandungi banyak mukus, secara tidak langsung telinga juga mengalami masalah kurang pendengaran.
Bukan setakat instrument (telinga) menerima maklumat kurang berfungsi. Instrument untuk menyampaikan dan respon kepada maklumat (suara) juga tidak berfungsi. Fair kan? Telinga macam pekak. Suara pula sengau. Selalunya komunikasi semasa saat genting ini sangatlah tidak berkesan.
Bila pengeluaran mukus semakin berkurang setelah beberapa hari tidak lena tidur dan terpaksa menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida melalui mulut (bahasa mudah --> bernafas), masa ni tekak terasa gatal-gatal. Ini dipanggil batuk.
Bila dah sakit tekak, selesema, batuk segala. Masa nilah kepala pening. Suhu badan mulai tinggi. Badan pun sensitif kepada sejuk. Itu dipanggil demam.
1 comment:
haha.. baru je lepas baik demam.. huhuhu..
Post a Comment