Wednesday, January 12, 2011

hari ke-8

salam

hari ini macam hari dapat terima dugaan "kembali semula ke kitchen"
so, kerja yang berat pun tak terasa..
tulah, kerja perlu dengan hati ikhlas
barulah muka tu tak monyok 24 jam

owh hari ini ini seperti biasa
awal-awal pagi sudah berada di bahagian sayur
dan menolong di receiving area
hari ini dengan bangganya mengumumkan potong sayur tak luka jari
bila dah habis sayur, pergi pula ke bahagian ayam dan ikan
nak basuh ayam senang sikit
anda perlu menyiat kulit dan membuang lemak
tapi bila bab ikan bermasalah sikit
kena buang bahagian hitam (salur darah)
tulah nak explain banyak-banyak pun tak reti sangat
kat bahagian ikan nilah
secara tak sengaja
pisau-pisau telah melukai jari saya
tapi standardlah kan..
kalau dah namanya pegang pisau

hari ini saya telah mendapat jadual
ada beberapa kali saya shif pagi dan petang
kalau shift pagi, start kerja pukul 6 balik pukul 1
kalau shift petang start kerja pukul 11 balik 6
kalau tak silap lah..

first time juga ditemuduga oleh BOSS
yakni ketua jabatan
by the way banyak info yang saya dapat
terutama tentang struktur kitchen
entah sejak bila saya berminat dengan struktur-struktur dapur ni
semuanya disebabkan oleh subjek Fasiliti Perkhidmatan Makanan
semua mesin canggih kat kitchen tu buat saya teruja
terutama mesin cuci beras
siapalah pencipta mesin tu?
nasib baik tak disuruh lukis tersebut
kalau tak...
huhuhu

berdasarkan jadual
banyak juga benda yang saya kena catch up
so, perlu lebih banyak belajar lagi

da~

No comments: