Friday, August 6, 2010

tidak bertajuk

salam

sejak kebelakangan keobsesian untuk mengupdate blog semakin menurun
belum lagi diagnosis
tapi kebarangkalian kerana emosi yang stabil sejak akhir-akhir ini dan tiada yang menarik untuk dikongsikan bersama

semalam sedih dan kecewa
sebab melepaskan sebuah peluang
tapi atas nasihat seorang kawan yang hampir sebaya
saya terfikir biarlah saya lepaskan peluang tersebut
mungkin bukan rezeki saya untuk merebut peluang tersebut
lagipun hujah yang diberikan oleh kawan yang hampir sebaya itu begitu terkesan di hati
mana yang lebih penting?
peluang atau FYP
huhuhu
susah sebenarnya nak buat pilihan
tapi saya lebih sayangkan FYP sebab saya nak graduate tahun 2011
amin..

lagipun minggu lepas 4 hari kat berkampung kat Kelantan
dah puas pusing satu Tumpat
takkanlah minggu ni nak pusing satu Bangi plak..

sebut pasal FYP
setelah berkurun lamanya (ayat hiperbola) tak membuka file FYP
baru minggu ni dok pulun key-in data dan sebagainya
hai, suka buat kerja last minute
bila dah terhantuk baru nak terngadah
presentation progress coming soon 19 hb ni
cuak, cuak
siapa lah tak cuak
collect data dah lama baru sekarang ni dok pulun key-in data
manalah supervisor tak mengamuk

semalam niat di hati ingin pergi melawat SABASUN
tapi disebabkan SABASUN tidak dapat menarik perhatian
destinasi bertukar menjadi MYDIN
hahaha
terlajak sudah perjalananan
kalau dah sampai sana
jawabnya barang tak terfikir nak beli pun boleh berada cantik elok jer dalam troli untuk melepasi kaunter pembayaran
ini semua pengaruh rakan sebaya dan rakan hampir sebaya
hahaha
sudah, sudah jangan mengarut lagi.

oklah mahu key-in data
nanti s.v cari sampai lubang cacing plak
huhuhu
da~

2 comments:

hazel adriana said...

huhu.. FYP.. next sem giliran kiteorang pulak

nourel A said...

try lh usha lecturer2 y berkenan dihati untuk dijadikan supervisor..prepare tajuk siap2..selalunya before exam dah boleh pilih lecturer y kita suka..kalau lambat nanti dapat lecturer yang x berapa nk berkenan