
anak-anak dara zaman sekarang patut bersyukur dengan kewujudan periuk nasi
kenapa?
sebab periuk nasi mengabungkan kaedah memasak secara 'boiling' dan 'pressure cooking'
so, anak-anak dara sekarang boleh lah lepas tangan selepas 'on'kan suis
so, anak-anak dara boleh kembali ber-ym, ber-facebook dan segala macam 'BER-'
memasak nasi secara traditional iaitu memasak nasi di atas api
memerlukan banyak kesabaran dan keprihatinan
kenapa?
sebab kalau lalai, nasi akan hangus dan ada rasa 'burn taste'
atau nasi jadi jelantah
cara pertama memasak nasi secara traditional ialah menggunakan kaedah 'boiling'
di mana nasi akan dididihkan dengan menggunakan api yang tidak seberapa besar
selepas air kering, api dikecilkan atau ditutup terus (bergantung kepada keadaan)
penutup periuk digunakan untuk menutup periuk nasi
di sinilah kaedah 'pressure cooking' berlaku
maka, anak-anak dara sekarang perlulah berterima kasih kepada pencipta periuk nasi telah mengabungkan kedua-dua kaedah serentak
tapi awas
macam mana pulak kalau elektrik tiada
macam mana hendak memasak nasi menggunakan periuk nasi
maka, inilah pengetahuan yang paling berguna di saat itu
memasak nasi di atas api
kenapa pulak saya bercerita pasal periuk nasi
ada kena mengena ker?
of course lah ade kena mengena
sebab sekarang sedang berlatih memasak nasi di atas api
kenapa?
saje jer
huhuhu
saya memang tidak ada kerja
padahal tajuk fyp pun belum confirm dengan supervisor
teringat ketika di sem 3
masa itu ada subjek asas penyediaan makanan
kami diminta memasak nasi atas api
saya siap diperli oleh lecturer itu apabila mengetahui saya tidak pandai memasak nasi atas api
'kalau tak de elektrik macam mana nak masak nasi bagi suami makan'
betapa malunya saya
dah lah lecturer tu lelaki
tapi bukan saya yang masak nasi ketika
groupmate saya yang lelaki yang tolong masak
maklumlah semua ahli group risau jika saya yang memasak nasi itu
al-maklumlah saya mempunyai sejarah menghanguskan produk
so, mereka tak berani nak suruh saya masak, saya lagilah tak berani
bila dah lame2
saya pun sudah pandai memasak nasi atas api
mana tak pandainya
terpaksa memasak chicken briyani atas api
itu lagi susah
lagi memerlukan penelitian
peringatan kepada anak-anak dara
tangan tu jangan gatal nak mengacau nasi ketika kaedah boiling
ingat nyer kita bukan nak masak bubur
kalau tak nasi akan patah-patah
kena tolak markah
bila nasi itu dah masak, baru boleh kacau
tapi guna garpu yer
untuk mengurangkan nasi yang patah-patah
itukan dinamakan kaedah untuk memfluffy nasi
nampak macam senang jer eik masak nasi atas api
tapi sebenarnya susah gak
memerlukan latihan untuk memahirkan diri
kepada anak-anak dara belajarlah memasak nasi di atas api
manalah tahu anda berkahwin dengan lelaki kampung
kuikuikui....
No comments:
Post a Comment