Wednesday, December 9, 2009

kembali ke terengganu

seperti biasa
tiada mood untuk kembali ke sini
bagi saya, sini bukan lagi tempat yang saya kenal dua tahun lepas
semua telah berubah
sini tempat kesengsaraan bagi saya
Ya Allah, semoga kau tabahkan hatiku untuk menempuh dugaan ini
kalau tak kerana doa dan harap ibu bapa, keluarga dan sahabat
hati saya tidak seteguh ini untuk kembali ke daerah kesengsaraan ini

bermula dengan jadual perjalanan tiket yang agak kelang-kabut
bas yang dijangka bertolak pukul 8 dimaklumkan mengalami masalah
dan akan bertolak pada pukul 9
ya Allah, dugaan apakah ini?
saya terima dengan tabah walaupun bas lambat sejam
hanya zikir dan tasbih sahaja yang menenangkan perasaan ini

syukur alhamdullilah perjalanan di saat insan-insan lain sedang nyenyak tidur
selamat sampai di destinasi
nasihat bonda untuk tunggu sehingga pukul 6 untuk mengambil teksi pulang ke rumah puaka tidak saya hiraukan
sebaik sahaja sampai
saya bergegas ke tempat teksi
matlamat utama adalah untuk cepat sampai ke rumah puaka
rasa ngantuk ditahan seketika
semoga ketika sampai sana nanti saya dapat menyambung tido
sekadar tido-tido ayam di dalam bas
risau gak kalau tersasar ke KB akibat tidur yang lena
cam mana pulak nak balik KT balik

ntah kenapa perjalanan pulang kali ini penuh dengan dugaan
pak cik driver tersengguk-sengguk
saya panjatkan doa agar selamat sampai
bila sudah sampai
saya confius
mana satu pulak rumah eik?
hurm....
dah terlajak
'pak cik, undur. dah terlajak'
puas saya memerhati
mana satu si rumah puaka
rupa-rupanya trade mark rumah saya tiada
rumah saya pulak sudah bertukar wajah

saya menyangkakan rumah puaka iti gelap
tapi apa yang saya lihat sebaliknya
terang-benderang
eh, sape plak yang balik?
halaman rumah pula dipenuhi dengan motor tiga buah
pelik
mana pulak datang motor ini

pelbagai teka-teki dan persoalan meghujani minda ini
rupanya ada housemate yang cakap tak serupa bikin
tak sangka plak sepanjang percutian ini
rumah kami dijadikan markas coursemate dia
hurm...
tak tahulah nak cakap apa
rumah pun tunggang-langgang
macam kapal karam pun ada
baru 3 minggu meninggalkan rumah sudah jadi macam ini
niat untuk menyambung lena pun sudah tiada
tiada tempat untuk saya melabuhkan kepala yang kian pening ini
semua tempat sudah berpenghuni
bilik tidur tempat selalu melayari mimpi indah sudah ditawan musuh
sungguh tak sangka
sungguh tak duga
kesilapan kami membuat percaturan
apakah yang didengari tiga mingu yang lepas hanya omongan kosong?
rasa diri ini tertipu
apatah lagi
sudahlah penat
pelbagai benda yang menyakitkan hati tertimpa atas diri ini
nak tak nak terpaksa jugalah saya rebahkan diri ke atas sofa yang 2 kusyen itu
sengsara memang sengsara
bangun, bangun jer badan dah sakit-sakit
sabar jerlah

bila si penguasa bilik tiada
saya segera melarikan barang-barang penting
takot pertembungan nanti akan menimbulkan pergaduhan yang tidak diduga
itu belum lagi dihujani ayat-ayat pedas yang mampu menghiris hati dan perasaan ini

terpaksa juga menghadapi situasi ini berseorangan
sahabat-handai bertolak esok
markas terpaksa dipindahkan ke log sebelah
alhamdullilah
JJH ada di sisi
menemani saat-saat getir ini

terperuk di dalam markas yang baru
meluah segala isi hati dan perasaan di blog
sudah lama tidak update
terasa ringan bila sudah meluahkan segala nya ke atas benda yang tidak bernyawa ini
terapi yang saya rasa agak berguna ketika ini

maklumlah si penguasa telah meluaskan kawasan jajahan ke ruang tamu pulak
al-maklumlah tak akanlah dia nak lepaskan tv yang menjadi aset terpenting dalam rumah

strategi perlu dirangka untuk saya menjajah kawasan di bawah takluknya
berjaya!
alhamdullilah berkat kawan-kawan housemate
akhirnya ruang tamu berjaya ditawan\
kemenangan berganda
apabila di ym penguasa tertulis 'boring duduk sini'
huhuhu
dalam hati saya berkata
'memanglah boring sebab dia tak dapat tengok tv'
huhuhu
saya semakin evil

hari ini pun tempat tido saya tak tahu kat mane
nama jer rumah besar
tapi tak tahu nak tidur kat mane
tak tahu tempat yang sesuai nak landingkan toto ini
nasib, nasib

nampaknya saya terpaksa bersabar selama beberapa hari ini
berdepan dengan manusia yang pura-pura ini
ya Allah, kau tabahkan lah hatiku
amin...

No comments: