Monday, June 25, 2012

my cousin got married

Salam

Cousin yang paling hot telah pun selamat bertukar status on 9 June. Giler berkurun baru nak update.Hehe. And I wonder-lah bilalah cousin -dia-yang-tak-berapa-nak-hot ni (merujuk kepada diri sendiri) akan 'dijemput' oleh encik Misteri. I love to use term Encik Misteri insted of bakal suami,. pemilik tulang rusuk kiri, jodoh and ectera.Thank you to miss Aya introduce this term to me. But then, jodoh bukan hanya milik orang-orang yang hot sahaja. Walaupun kebiasaannya orang-orang hot akan meninggalkan zaman single dulu berbanding orang yang tak hot. Statement ini berdasarkan pemerhatian yang berlaku disekeliling saya.Tidak termasuk persekitaran pembaca yang membaca statement ini. SO, jangan argue.

Jodoh sebenarnya bukan milik orang-orang yang hot sahaja. Jodoh juga milik si dia yang kulit tak berapa nak cerah, gigi tak tersusun atur, muka tak flawless, dagu tak runcing, BMI tak normal, mata single eyelid dan macam-macam lagi. Jodoh itu misteri. Even perkataan jodoh itu juga pelik. Don't you think?

Hari ini kita tengok kawan kita single. Senang nak ajak keluar pergi window shopping. Senang nak buat sesi luahan perasaan secara maya. Tapi, tiada siapa yang tahu kita bakal kehilangan kawan kita apabila sekeping 'kad wangi-wangi' ditujukan kepada kita dari seorang kawan. (Miss Nik introduced me term "kad wang-wangi. Like it!). Kita tak tahu bila, bagaimana, siapa jodoh kita. Tapi kita boleh berdoa untuk dikurniakan jodoh yang baik-baik.

Saya terdengar kata-kata seorang ustazah di sebuah program televisyen. Katanya, dia pun berkahwin pada usia hampir 30 tahun. Dia kata jangan berhenti brdoa. Teruskan berdoa. Doa. Katanya lagi, jangan berdoa untuk mempercepatkan atau melambatkan jodoh atau sesuatu hajat kerana Allah tahu bila masa yang terbaik untuk Allah makbulkan doa kita. Katanya lagi, selain doa sebagai usaha, usaha lagi untuk berbuat kebaikan, membaca al-Quran dan Hadis tiap-tiap hari.

Maka, buat gadis-gadis di luar sana dan buat empunya blog yang tak-berapa-nak-hot jangan berputus asa menjadi baik.

Semalam, emak saudara yang sebaya dengan saya (nenek saya dengan nenek dia sepupu, so pangkat dia dengan saya ialah emak sauadara) yang rapat masa kecil. Selalu main teng-teng, kejar-kejar sama-sama telah pun bertukar status. So, bila berada di majlis resepsi semalam memang dihujani dengan soalan cepumas. Sabar jer lah.

Semalam juga, dapat text dari coursemate, Cik Anis Syahida yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 14 Julai ini. Coursemate yang ke-4 yang bakal bergelar PUAN.

Untuk my cousin, my emak saudara, my coursemate tahniah diucapkan. Semoga bahagia hingga akhir hayat.


p/s: tajuk macam tak kena tapi still boleh diterima sebab dalam skop yang sama. Kalau istilah dalam penulisan Melayu dipanggil karangan tak berapa nak songsang. Hehe..Kidding!


3 comments:

Unknown said...

karang tak berapa nak songsang? suka term tu..haha..

nnti kalau akak dah jumpa dgn Encik Misteri, jgn lupa ajak saya..=) insya-ALLAH, saya pergi..tak mo scan2x taw..nk kad wangi..=)

nourel A said...

doakan akak berjumpa dengan 'my encik misteri'.. of courselah bagi kad wangi2..jangan tak datang plak nanti..

nik aziemah said...

hurm... waiting for ur kad wangi-wangi tau.. Insya-Allah, kalau dah jodoh tak ke mane nye kan..