Saturday, April 14, 2012

Formspring Saya

Salam

Kebelakangan ini malas sangat hendak mengemaskini blog. Ada siapa-siapa yang sempat baca pasal entri yang bertajuk Edinburg? Maaf. Entri tersebut tak jadi untuk saya terbitkan.

Ok. Berbalik kepada tajuk yer.

Perasan tak kat bahagian atas kanan blog ini dulu ada widget Formspring saya? Tapi sekarang dah tak ada.

Nak tahu kenapa?

Sebab saya tukar identiti blog. Maka, formspring pun mestilah bertukar identiti.

Sepanjang proses penukaran identiti, banyak yang telah saya belajar pasal formspring ini.

Dah lama buat formspring, dah lebih 2 tahun baru nak tahu cara nak guna formspring.

Selama ini terpengaruh dengan blogger popular yang ada formspring. Dan dengan tiba-tiba perasan jugaklah jadi blogger popular. Sebab tu ada formspring.

So, sekarang ni dah tahu lah sikit-sikit pasal formspring. In fact, best juga untuk melepaskan stress menjawab soalan-soalan dengan lowyer buruk. Hehe..Itu saya.

Mesti ada yang hendak bertanya. Sebelum ini, mereka pernah tanya soalan melalui kotak formspring tapi saya tak jawab pun.

Buat pengetahuan semua, saya jawab soalan-soalan tersebut. Tapi saya jawab di formspring. So, untuk mengetahui segala jawapan mengenai pertanyaan yang diajukan, sila add saya di formspring. Hehe. *sempat lagi promote*

Answer Questions



kotak formspring baru

Mengapa saya tak post jawapan saya di blog? Kalau sesiapa-sesiapa yang ada perasan, sebelum ini (dah lama dah) saya ada post jawapan formspring di blog. Tapi disebabkan jawapan saya pendek. Maka, ia agak mencacatkan mata melihat beberapa patah perkataan sahaja di post sebagai entri.

Mungkin, kalau saya dapat soalan macam Mr. K, bolehlah saya menulis entri panjang-panjang untuk menjawab soalan tersebut.

Selepas ini jangan malu, jangan segan untuk add saya dan tanya soalan kat saya ^_^v.



No comments: