Sunday, December 4, 2011

ETS

Salam

Setiap kali naik komuter di Batang Benar (setakat ini baru 2 kali), mesti akan naik komuter yang lain. Maksudnya, bukan naik komuter yang seatnya menghadap-hadap, tapi seat yang macam dalam bas.

First time, naik komuter yang seat dalam bas, pintu koc wanita tak terbuka, sabar jer lah. Tak Tahulah sama ada pintu tak nak buka atau saya yang tak tahu nak buka pintu. But, hei, bukan pintu koc akan terbuka secara automatik ker? Mungkin nasib malang saya sebab pintu koc wanita tak terbuka. So, naiklah ke koc yang tiada gender. Means, koc campur-campur. Nasib baik masa saya naik, before pukul 5 (bukan peak hour), koc yang tiada gender itu lengang. But still kena berdiri. Alah, setakat 20 minit jer dari Batang Benar ke Seremban. Owh, baru saya teringat, cik F pernah cakap, komuter yang seat yang macam bas tu komuter dari Batu Caves ke Pelabuhan Klang (kalau tak silap). Buat apalah komuter tu menuju ke Seremban?

Then, second time, yakni hari jumaat lepas, di stesen Batang Benar juga, saya naik komuter yang seat macam dalam bas. And guest what? Kali ini, pintu koc terbuka automatik. Tapi nak ke tempat seat ada lagi satu pintu. Dan agak malang bagi saya, sebab pintu nak ke tempat seat tak boleh nak buka. Terkial-kial saya pulas tombol pintu. Dan yang paling best sekali, pintu tersebut ada cermin yang membolehkan penumpang yang telah duduk di dalam melihat aksi saya memulas-mulas pintu. Disebabkan rasa berputus asa, rasa nak turun jer dari komuter walaupun pintu koc dah tertutup. Mujur, ada seorang gadis yang berada di seat hadapan menolong membukakan pintu. Walaupun respon die agak lambat. BTW, terima kasih diucapkan kepada gadis tersebut kerana prihatin dengan masalah saya.

Bila sampai di stesen Nilai, saya tengok penumpang-penumpang lain senang jer nak buka pintu ke tempat seat. Rasa malu yang teramat. Tulah, siapa suruh naik train yang canggih-canggih.

Bila dah duduk, baca papan tanda segala, baru saya tahu, saya bukan naik komuter tapi saya naik ETS (Electric Train Sevices).

ETS ni sebenarnya train dari Perak --> K.L --> Seremban.

 ETS route

So, lepas ni senang lah nak pergi ke Kampar, rumah cik FN. Naik ETS jer. Dah lah semasa di rumah cik F, kami bertiga duk berbincang pasal plan nak pergi ke majlis walimatul urus ex-coursemate di Perak. Lepas ni, insya-Allah kalau jadi, boleh beli tiket ETS.

So, apa yang specialnya pasal ETS ni?

Ada cafeteria di Koc C. Saya duduk di Koc D. Kalau tak silap Toilet di Koc C dan E. (Saya baca papan tanda kat dinding train jer)

of course lebih mahal sikit berbanding harga biasa

suasana di dalam koc
ada luggage rack di atas seat (alah, macam dalam bas)

TV LED
masa saya naik tak perasan pun movie apa yang ditayangkan

Dan sebelum saya terlupa, train ni ada pramugara & pramugari yang beruniform warna kuning. Tapi saya tak nampak pula masa naik.

Dan akhirnya, saya berjaya juga sampai di Seremban setelah melalui incident yang memalukan. Dan yang tak best nyer, train berhenti kat platform 2. Komuter selalunya berhenti kat platform 1. Masa nak naik tangga ke platform 1, berlanggar-langgar dengan orang yang nak naik komuter di Platform 2. Ker saya yang silap? Sebab dah sebulan tak naik naik komuter.

Keluar dari stesen keretapi macam pelik pula sebab tak nampak teksi. Nasib baik nampak sebuah teksi kat luar stesen keretapi terus tahan. Dan selamatlah di rumah.

Terima kasih sudi membaca entri ini^^

sumber: 
http://www.ets-train.com.my/web/ets/
http://blog.malaysia-asia.my/2011/04/electric-train-service-ets-train.html

1 comment:

Unknown said...

alamak..merasa lagi naik ets g seremban...da muak naik komuter..haha