Dah sebulan lebih baru nak cerita lagi pasal konvo. Janji, ini memang edisi terakhir entri konvo. Jangan risau ^_^v. Sebenarnya dah dapat gambar dari Miss Mizushimahiro R-ein dah lama, seminggu lebih rasanya. Tapi disebabkan tiada mood, tiada idea untuk menaip dan beberapa perkara yang melibatkan perasaan, maka entri ini pun tertangguh-tangguh.
Rasanya ini kali pertama Alumni Dinner diadakan (setahu saya). Walaupun notis awal-awal terpampang di Mynemo pasal Side Pool Alumni Dinner, tapi last minute venue terus bertukar ke Dataran Kompleks Siswa belakang Kompleks Siswa. Tak tahulah kenapa last minute venue boleh bertukar dari tepi kolam ke dataran. Mungkin untuk mengelakkan keterujaan melampau para graduan yang selamat bergraduasi terjun kolam. Siapa lah yang tak teruja tengok air kolam yang biru bagai memanggil-manggil untuk terjun. Betul tak ? -_-"
Walaupun rata-rata graduan tak puas hati pasal yuran alumni yang melampau-lampau. Dan terdengar pula khabar angin yang macam-macam yang tak tahu kesahihannya, sila tolak ketepi sebab yuran alumni wajib bayar dan amatlah rugi jika tak datang.
Overall sangat berpuas hati dengan dinner tersebut. Walaupun meja dan kerusi basah sebab sebelah petang selepas majlis graduasi saya, UMT dilanda ribut, ramai juga pelajar yang datang. Too bad, coursemates saya sikit jer datang. Jealous tengok course lain yang datang ramai-ramai dan gambar sama-sama.
Yang paling best sekali, banyak betul booth-booth makanan. Sangat berpuas hati!. Dan sebagai seorang foodies, memang tak salah mengatur strategi untuk membolehkan segala jenis makanan dapat dirasai. Strateginya ialah duduk di meja yang dekat dengan booth makanan, di bahagian belakang. Sangat teruja dengan makanan sampaikan ucapan NC, TNC, MC cakap apa kat depan pun tak dengar.
Strategi yang paling best sekali ialah dengan membawa plastik jika menghadiri majlis makan-makan. Dengan plastiklah segala makanan yang ada dapat ditapau dengan mudah. Saya banyak ambik buah limau. Beg berat dan penuh dengan limau. Hehe..
Dah lah ada kueh teow goreng yang dimasak ala carte, mi goreng mamak yang juga di masak ala carte, roti canai, roti jala terengganu (kuah manis), laksa terengganu, mihun sup, air batu campur, macam-macamlah. memang terliur lah menyebut menu satu-satu. Memang best. Kalau Annual Dinner Food Science Club tak buat kat hotel pun tak pe, asalkan menu banyak macam alumni dinner. Haha..
Balik chalet memang tersandar kekeyangan. Tak payah tunggu majlis habis, bila perut dah kenyang, masing-masing terus balik..ada jugak yang round kat tapak pesta. Harap-harap tahun depan UMT buat lagi yer alumni dinner ni. Kesian kat junior saya, dieorang pun nak merasa jugak. Betul tak ? -_-''
Thank you to my junior
Sanggup datang waktu malam sebab tak dapat jumpa masa waktu petang
jubah tu sebenarnya jubah Miss Mizu
ini sebelum dinner alumni bermula
sempat jer buat sesi fotografi di DSM
nilah Miss Mizushimahiro R-ein yang penat lelah cari cabel kamera
balik Terengganu sekejap muka terus gelap.. sigh
haha..macam meraikan majlis konvokesyen cik Mizu jer..
mana pernah dalam sejarah pesta konvokesyen UMT ada bunga api
selalunya tengok bunga api kat jiran UMT jer
Ginilah suasana Alumni Dinner di Dataran
Meja banyak kosong
makanan pulak banyak
memang best
tak payah berebut-rebut
tengok
meja yang penuh dengan segala jenis makanan
dessert yang dalam tupperware tu awal-awal lagi dah chop nak tapau bawak balik..hehe
dah habis makan, muka pun ceria
Thanks reading this entri!
p/s: esok terpaksa tinggalkan comfort zone..sama ada boleh bertahan atau tidak..dun know..
2 comments:
malu pulak sbb silap orang ri tu..
hehehe...
mujurlah kak mizu faham mesej tu..hehehe..
(>^_^<)
hehe..xpe..kteorang b'2 pun confius sbnrnya..
Post a Comment