Saturday, August 6, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa untuk hari yang ke-6. Semoga puasa pada hari ini lebih baik dari yang semalam-semalam. Insya-Allah.

Kebelakangan, jalur lebar (broadband) buat hal jer. Connection perlahan. Aktiviti-aktiviti maya yang lagho turut terkena tempiasnya. Tapi tak pe. Bulan Ramadhan ini perlu jadi manusia yang baik sikit.

Maka, sempena bulan Ramadhan ini, bahan-bahan bacaan juga turut mengalami perubahan. Macam  rancangan-rancangan di televisyen. Bulan Ramadhan ni, stesen televisyen berebut-rebut menyiarkan rancangan-rancangan berbentuk keagamaan, ilmiah dan dokumentari. Rancangan memasak pun berlambak-lambak di televisyen.

Sebut pasal rancangan memasak, ada siapa-siapa yang tengok rancangan Dapur Selebriti? Memang geram jer bila ternampak tulisan 'bersambung' terpampang di kaca televisyen. Ingatkan akan bersambung selepas rancangan Jejak Rasul. Hurm, rupanya bersambung minggu depan.

Kenapalah saya selalu tulis entri terpesong. Padahal nak cerita pasal buku. Tapi cerita pasal televisyen pula yang terlebih.

Sejak bulan Ramadhan ini, saya dah start baca buku ini. Alhamdulillah sangat BEST! Sekurang-kurangnya, saya fahamlah juga pasal surah al-Kahfi ayat 93 - 97. Pengarang juga turut mencalonkan Socrates sebagai Lukman al-Hakim. Nak tahu kenapa? Kena baca sendiri. Sekarang ni dah baca lebih separuh dari buku ini, hopefully dapat menghabiskan buku ini dengan berjayanya. Sebelum ini tak berjaya mengkhatamkan buku Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung oleh pengarang yang sama. *sigh*

Tapi sejujurnya, hendak beli buku ini. Sebab dah jatuh hati dengan pengarang lepas baca buku Alexander Bukan Zulkarnain. Tapi bila tengok harga. Mak aii.. Terus berfikir banyak kali, ronda-ronda sekeliling kedai buku. Sampai adik pun naik boring tengok akak dia bertawaf kat bahagian yang sama. 
So, nak mintak jasa baik follower-follower yang tercinta, pakat-pakat share duit belikan buku ini untuk saya. Boleh? *gedik*

Saya memang suka baca buku-buku macam ini. Sebab masa sekolah dulu minat giler dengan subjek Sejarah dan cita-cita pula nak jadi Ahli Arkeologi. Hahaha. Lawakkan?

Bulan lepas cuba-cubalah baca novel ini. Tapi tak berjaya. Ada lagi separuh buku yang belum khatam. Alasan tertangguh sebab masa tengah menelaah buku ini, dapat panggilan temuduga. Maka, fokus perlu diberikan pada hal-hal yang berkaitan dengan temuduga termasuklah buat revision pasal GMP, GHP, HACCP, HALAL, ISO. Dah habis temuduga terus malas nak sambung balik pembacaan sebab watak Marcus tu jahat sangat. Macam watak tipikal novel-novel Melayu alaf 21. Watak antagonis yang betul-betul antagonis sampai rasa meluat giler. Sampaikan movie The Last Song dalam harddisk di delete walaupun tak tengok lagi. Punyalah menyampah dengan Marcus.

Tak tahulah kenapa buku ini best seller. Mungkin tak sesuai dengan jiwa saya. Agaknya.


oklah itu sahaja. Untuk melepaskan kerinduan menulis entri di blog.

Assalamualaikum.

4 comments:

Unknown said...

selamat berpuasa kak...=)

nik aziemah said...

ari tu ade buku yakjuj dan makjuj kat book garden umt...ade dua jenis buku ek.. alexander bukan zulkarnaian dengan Alexander adalah zulkarnain?
SElamat berpuasa kak.

nourel A said...

sweet dream-selamat berpuasa jgk ^_^

nik- buku yakjuj & makjuj 2 akak ada dah lama..cuma x abis baca jer..ahah ada 2 buku. 1 pasal Alexander Adalah Zulkarnain dan lagi 1 Benarkah Alexander Bukan Zulkarnain oleh penulis yang berlainan.. tapi dua-dua best...Selmat berpuasa jgk..

asnizaziz said...

wahh ain, mcm best je..huhu *nak pinjam? >.<