salam
Salah satu tabiat saya yang tidak baik ialah bila kerja berlambak-lambak datang serentak. Saya bukannya bertambah rajin dan motivated nak buat kerja. Tapi sebaliknya, menjadi semakin malas. So, my suggestion to future employer, tolong jangan bagi saya kerja yang berlambak serentak. Boleh tak macam tu?
Macam burden jer dapat kerja yang berlambak secara serentak. Mulalah ada yang kena jampi serampah sebab workload kerja yang bertimbun.
Mana nak fikir pasal slide presentation, paperwork, tiap-tiap hari isnin yang terpaksa naik wad untuk buat survey, lecturer dari UMT mahu datang minggu ke-8 hingga 10 ini. Bila lecturer datang baru lah nak gelabah pasal laporan kemajuan. Pening kepala nak tulis apa kat kertas berwarna biru tu. Tu belum lagi pasal final report yang sudah ramai bertanya kat saya macam mana nak buat. Aduh..memang boleh kena hypertension kalau fikir semua benda.
Weekends dah jadi macam zaman belajar tu. Weekends lah terkontang-kanting nak buat lab report, nak buat assignment segala. Sama lah macam sekarang. Cuma waktu belajar dulu, waktu malam still ada tenaga juga nak buat kerja macam nak cari bahan kat internet segala. Sekarang, balik jer dari kerja cepat-cepat cari katil. Penat wooo...
So, hari sabtu dan ahad tulah nak buat semua kerja. Nak cari bahan dan segala jadahnya.
Plus environment sekarang yang menambahkan pening di kepala. Makin lama kat sini, makin berserabut kepala otak. Masing-masing dah tunjuk true colours. Itu belum lagi pasal konflik-konflik yang berlaku. Memang stress kalau fikir. Tak nak fikir pun terpaksa fikir.
At least tiap-tiap hari isnin naik wad boleh jugak melarikan diri dari kitchen sekejap. Walaupun sebenarnya agak tidak selesa bertanyakan soalan survey kepada pesakit. At least dapat jugak environment baru selain kitchen.
Kiranya workload menjadi saya malas. Saya malas sebab saya stress.
No comments:
Post a Comment