salam
Seperti tajuk di atas. Hari ini tiada puisi atau kata-kata seumpamanya. Otak tidak dapat menjana bait-bait perkataan untuk dijadikan puisi.
Mungkin saya dah beritahu. Tapi saya tetap ingin memberitahu. 2 minggu ini saya akan terlibat dalam pengurusan stor. Dah dua hari dibahagian stor baru rasa betapa susahnya nak uruskan stor. Mungkin saya tak berapa suka matematik. Bila masuk stor macam jawab soalan kuiz matematik jer. Semua kena congak guna otak. Otak plak dah lama tak berfungsi sejak kewujudan kalkulator saintifik. Maka, soalan matematik mudah tambah, tolak, darab, bahagi pun mengambil masa untuk jawab. Aduh, kalah dengan budak-budak sekolah.
Bila dah masuk stor. Baru tahu, stor bukan setakat simpan barang-barang untuk memasak. Tapi juga barang-barang macam nutrient supplement seperti enteral dan parental nutrient supply, renal failure, GIT dan sebagainya. Bukan itu saja, kena juga simpan bekalan makanan untuk dry ration dan night ration. Dry ration tu makanan ringan seperti biskut, milo, susu untuk Doktor-doktor. Night ration plak bekalan makanan seperti nescafe untuk petugas-petugas malam seperti jururawat dan atendan.
Dua hari ini juga, bilik mesyuarat menjadi markas buat saya dan kawan-kawan. Dapat kerja tambahan dari dietitian untuk menggunting kertas-kertas yang boleh dikatakan seperti pamplet. Kematu dan biru tangan masing-masing mengunting kertas-kertas tersebut. Itu pun ada lagi yang dalam perjalanan (OTW) sedang difotostat sebanyak 4 rim. Tapi berbaloi juga buat kerja ini sebab baju tak kotor dan dapat duduk. Hihihi
Hari ini macam mengadakan lawatan ke wad-wad pula. Bermula dari tingkat 8 dan berakhir di tingkat 1. Menghantar memo dari jabatan untuk sekalian wad. Macam despatch girl plak. Sudah puas mengusyar doktor-doktor yang comel. Macam sesat jer tadi. Apabila berpakaian chef coat tapi berada di hospital dan bukannya di hotel atau restaurant. Puas juga menerima pandangan semacam-macam dari mereka-mereka yang bermahligai di wad. Biasalah student praktikal. Memang lah selekeh. Tapi tak kisah pun. Biarkan sahaja pandangan semacam mereka. Asalkan bukan pandangan semacam dari yang SATU.
Bos juga telah mengkehendaki saya dan rakan-rakan menghadiri majlis makan malam jabatan dietetik dan sajian negeri sembilan di Port Dickson. Sudah arahan bos terima sahajalah. Walaupun pada mulanya keberatan disebabkan perihal pengangkutan dan ketakutan mengharungi lebuh raya PD pada tengah malam. Bos bermurah hati plak menyediakan penginapan buat kami-kami si gadis. Memang tiada alasan untuk tidak menghadirkan diri. Nanti, insya-Allah saya akan update pasal annual dinner tersebut.
ok. Semoga tiada siapa merindui puisi saya hari ini. Hahahaha..
No comments:
Post a Comment