Saya pernah beritahu pasal majlis makan malam Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital-Hospital Negeri Sembilan. So, ini entri menunaikan janji.
Memang boleh dikira sebagai overtimelah. Mana taknya, habis-habis jer kerja pukul 4.45 terus g Port Dickson. Tapi sebenarnya bukan pun tepat-tepat 4.45 terus blah dari kitchen dan menuju ke PD. Banyak jugak halangan yang berlaku sepanjang perjalanan. Antara yang tidak dapat dilupakan ialah akibat kesilapan dan 'kelurusan bendul' saya membaca sign board 'PD' telah membawa NBE round satu seremban. Sungguh membuang masa di situ.
gambar first yang diambil sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Tanjung Tuan
menuju untuk check-in
Lupa pula ingin beritahu. Kami bukan sahaja menghadiri dinner ini malah turut berpeluang untuk bermalam di sini juga. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan.
kami menginap di Permaisuri Resort..
pemandangan dari bilik 408
semua bilik di sini menghadap pantai
tak percaya?
ini pandangan dari pantai.. tengok semua bilik menghadap pantai..
Dah terbiasa dengan dinner yang ala-ala formal semasa di matrix dan pengajian di Universiti. So, agak terkedu jugaklah. Rupa-rupanya majlis makan malam bukanlah sesuatu yang formal di sini. Ada macam-macam pertandingan diadakan seperti pertandingan karaoke, pertandingan pakaian kanak-kanak. Dan yang paling best sekali persembahan dari setiap hospital. Memang kelakar dan supporting sungguh mak cik-mak cik ini.
Boleh dikatakan sebagai hari yang bertuahlah. Keempat-empat student praktikal dapat hadiah cabutan bertuah. Tu belum lagi staf-staf dari hospital seremban yang dok bangun berdiri mengambil hadiah cabutan bertuah. Sungguh bertuah betul tangan orang yang tolong guntingkan nombor giliran kan???
Dinner ni juga macam reunion buat kami bertiga. Tak percaya? Meh, sini tengok gambar kat bawah
student UMT yang buat praktikal di hospital Negeri Sembilan
With our KJ, Puan Basmawati and her daughter yang ala-ala princess gaunnya
Sampai jer rumah terus lepak. Memang penat wei. Yer lah kerja overtime katakan. Perasaan macam tak percaya hari ini hari ahad. So, kena pergi kerja. Nak cuti boleh tak??

2 comments:
bestnye dinner.. hehe
sebenarnya dinner food science lagi best lah..
Post a Comment