Saturday, January 8, 2011

alhamdullilah first week end

salam

mungkin ada-ada yang ternanti-nanti entri terbaru *perasan*..maaf bukan malas nak update cuma kepenatan. Yer lah kena biasakan dengan environment baru. Sila baca entri ini sampai habis kalau nak tahu kenapa empunya blog dah lama tak update blog.

1st day
Bertolak dari rumah pukul 7.30. Sampai kat HTJ pukul 7.40. Bapak awalkan? Mula-mula pergi pejabat pentadbiran tapi pegawai yang handle budak praktikal tak ada. Maka, terus melapor diri ke Jabatan Dietetik dan Sajian. Pegawai-pegawai kat sana pun ramai tak ada. Maklumlah, first day, first week, ramai yang hantar anak pergi sekolah. Sabar jer lah. Empunya blog dan cik choi ditempatkan di bilik mesyuarat. Dok tunggu ntah berapa jam. Tak ada siapa yang menjenguk kami. Bila Puan SV sampai, dia arahkan Cik L (student praktikal dari UITM yang dah sebulan berpraktikal) bawak kita orang tengok persekitaran jabatan.

Jabatan ni ada dua bahagian. Satu dietetik, satu lagi sajian. So, korang dah boleh lah agak lah kan kita orang kat bahagian mana. Of courselah bahagian sajian. Sebab kteorang mana layak g ke bahagian dietetik.

After dah round semua kawasan, tunjuk muka kat semua staff, dapat job yang pertama. G serve untuk therapeutic diet. Dah, tok sei yang nak imagine yang bukan-bukan. Serve ni bukan macam serve yang kita belajar masa kelas komersial. Serve ni bermaksud portionkan makanan untuk pesakit-pesakit yang ada penyakit macam diabetes ker, hypertension dan sebagainya. Kteorang portionkan dalam tray. Memang blurlah mula-mula. Apa tu 'DD', 'SD' dan sebagainya.

Punyalah blur sampai nak tutup tray dengan penutup dia pun boleh buat salah. Padahal benda tu senang jer. Yang lawaknya, empunya blog dan cik choi punya berpakaian formal, tapi kena masuk kitchen. Bayanglah baju dah comel tu masuk kitchen. Agak comotlah.. Sampaikan attendant yang ambik troli pun tahu kteorang ni praktikal student sebab lain benar dari yang lain.

Owh lupa plak nak beritahu, jam kat kitchen adalah 15 minit awal. Maka, empunya blog akan masuk kerja pukul 7.45 dan habis kerja pukul 4.45. Memandangkan first day yang agak blur, maka punch card pada first day lagi sudah berwarna merah..huhuhu

Memandangkan empunya blog tak biasa lagi dengan bandar, empunya blog telah tersesat dan sampai lambat ke rumah *tak guna balik awal*.

Conclusion untuk first day ialah selamat kembali ke zaman komersial

Balik jer terus lepak. Penat giler kot..kalau sepanjang hari berdiri jer..

second day
Memandangkan tak de jadual lagi. Dr N pun lambat emel skop kerja. So, pagi-pagi buta macam budak bodoh jer sebab tak tahu nak buat apa. Lagipun Puan SV serta pegawai-pegawai sekalian sibuk-sibuk belaka.

Secara tak rasmi telah melantik cik L yang telah sebulan berpraktikal sebagai second SV *suke ati jer main lantik2*. So, cik L yang banyak explain tentang itu-ini dan segala macam. Second day masih lagi kekok. Yer Lah environment baru. Rasa agak terkejut kena kembali semula ke kitchen masih menguasai diri.

So, hari ini takdelah rasa alien macam semalam. Baju plak kalo masuk kitchen of courselah kotor. Memang tiap-tiap harilah terpaksa merendam baju membuang segala kotoran.

Third day
Overall aktiviti hampir sama dengan dua hari sebelumnya. Tolong apa yang patut..sibuk-sibukkan diri dengan staf. Beramah mesra dengan staf.

Maka terpaksa mengambil inisiatif sendiri agar tak nampak macam tunggal kayu kat kitchen tu. Second day dengan rela hatinya menolong staf memotong sayur. Tapi, entah macam mana, sebab careless, terkejut or dah lama tak pegang pisau. Tangan pun terluka. Tulah nak ikut kelajuan staf tu potong sayur, memanglah tak boleh. Last-last jari sendiri jadi mangsa.

Penyelia pun suruh jangan pergi ke tempat bahaya tu lagi. Maka, second day pun buat terapeutic diet lagi. Tapi kali ini dah terror sikitlah. Tray pun dah tutup dan susun elok-elok. Kalau nasi besar kena letak 1 sayur, nasi kecil kena letak dua sayur. Dan macam-macam lagi lah.

Oh, lupa nak bagitahu. Impian untuk melaram dengan baju kurung terpaksa dilupakan sebab kena pakai uniform. Uniform kteorang kat sini ialah t-shirt putih, seluar hitam, tudung either white or black. So, memandangkan ada baju chef coat dan kemeja putih service, kedua-dua pun termasuklah dalam uniform saya. Mana ada duit nak beli sampai 5 helai t-shirt putih. Maka gunakanlah segala pakaian putih yang ada.


Tapi skill kat therapeutic diet semakin meningkat. Staf-staf kat sini pun semua ok. Yang penting kena pandai bawak diri.

Tapi memang penatlah. Dari pukul 8 sampai pukul 5 duduk kitchen. Adik-adik junior, sila bayangkan kelas komersial selama 4 bulan. Itulah yang kami alami di sini. Lagipun kat sini kekurangan staf. So, kerja sentiasa available untuk kami yang practical student ini. Tulah sebabnya tak mampu nak taip entri. Update blog. Harap memahami yer.

4th day
Luka kat jari pun dah okey sikit. Confidentlah  sikit nak buat kerja-kerja memotong sayur ini. Tapi still pakai glove. Sebab luka tak baik lagi. Tapi nak cerita, patong sayur kat sini boleh sakit belakang dibuatnya. Start pukul 8 pukul 11 pun kadang-kadang kali tak habis lagi. Punyalah banyak. Bercontainer-container. Skill memotong sayur kat sini ialah cepat dan tangkas. So, tak mainlah julienne ker batonnet ker dice. BAk kata cik choi, kalau balik semula ke UMT boleh menang pertandingan memotong sayur terpantas lah..

Tapi muka ni sokmo dipanggil ke bahagianserve. Yer lah. Sebab dah okey sikit kot kat bahagian tu.

Petang pula ke bahagian roti. Sapu jem. Roti pun ada untuk DD, SD, LF, LS. Memang banyak. Pening kepala nak hafal. Sekarang pun still pening lagi. Tak pe. Sebab baru first week kan.

5th day
Tak tahulah bertuah ker tak. Masuk-masuk jer praktikal dah kena perform koir sempena Perhimpunan Bulanan bersama Pengarah Hospital. Tiap-tiap bulan akan ada jabatan yang handle. Untuk bulan Januari, Jabatan Dietetik dan Sajian yang kena handle. So, terpaksalah menghafal lagu HTJS. huhuhu..rasa macam staff plak. Dok ikut serta dalam perhimpunan bulanan ni.

Hari ini terlibat dengan receiving. Dok main check-check sayur. Reject kalau rosak. Pastu of courselah dok main potong-potong. Kali ini lagi penat. Sebab dari awal sampai ke akhir buat ni sahaja. Hari ini tak terlibat langsung dengan therapeutic diet. Sebab pukul 2.15 sampai pukul 4.45 kat ada dalam dewan untuk perhimpunan bulanan. Relax? tak de maknanya. Kaki dah macam apa dok berdiri potong sayur tu. Balik dari dewan terus punch kad. Bahagia betul jadi praktikal student. Tepat pukul 4.45 boleh balik.

p/s: itu jer dapat update. Sori kalau ada yang tak faham. Insya-Allah schedule blog update akan kembali seperti biasa apabila empunya blog sudah membiasakan diri dengan persekitaran baru ini..

6 comments:

Azmunira Ali Bediri said...

wah serooknyer prktikal...
gud luck ye nurul...=)

nourel A said...

tq

nik aziemah said...

akhirnya.. update jugak blog.. haha.. cess tak sangke masuk dapur lagi.. huhu

nourel A said...

tulah akak pun tak sangka gak kena masuk kitchen balik

Nourelalmaas said...

huhu..same la org ngan lala.. hari 1st dah merah... slh tafsir kuar kul 4.30

nourel A said...

ni sebab dicampakkan ke bilik mesyuarat..then baru jumpa mesin punch card