Sunday, December 19, 2010

hostel life

salam

Malam ini merupakan malam terakhir empunya blog menginap di bilik B2-401-1. Meski ada yang menyampah. Sebab asyik cerita pasal nak balik rumah. Meski boring. Whateverlah. Tak kisahlah nak benci ker nak apa. Yang tengah berjuang menyiapkan tesis mesti rasa tercabar kan? Tak perlu rasa apa-apa. Setiap orang ada bahagian masing-masing.

Empunya blog pun tak tahu kenapa empunya blog suka kehidupan di asrama. Mungkin empunya blog ni jenis tak sesuai duduk kat rumah sewa kot. Buat pengetahuan semua, empunya blog pun pernah duduk kat rumah sewa satu semester. Walaupun satu semester pun dah cukup banyak pengalaman yang empunya blog dapat. So, lepas ni tak payah nak label empunya blog tak matang sebab tak duduk kat rumah sewa.

Masa tahun 1 dan 2 menginap di blok lama. Tahun 1 duduk di IM 3-24. Tahun 2 duduk di IM 2-23. Senang jer masa pindah barang tahun 2. Pindah bilik ke tingkat bawah. Bila tahun 3 tak dapat asrama. Satu semester merayu duk naik turun tangga pejabat asrama, akhirnya semester 6 baru duduk hostel balik. Dapat duduk di B1-205-3. Duduk di bilik berdua. Bilik tu agak kecil dibandingkan dengan bilik yang empunya blog duduk sekarang.

Masa cuti semester sem 6 pindah bilik ke B1-206-2. Pindah ke rumah sebelah jer. Sebab tak nak bayar sewa yang mahal. Kalau duduk bilik berdua kena bayar sewa RM 5 sehari. Tu yang pindah ke bilik bertiga, bayar sewa RM 4 sehari.

Bila jadi fasi pula duduk di B1-308-5 selama seminggu. Jenuh gak lah kena panjat satu lagi tingkat. Sebab stamina sampai ke tingkat dua. Selalunya masa rehat time MJM tak balik ke bilik juz lepak kat bilik kawan aras 2 gak. Masa jadi fasi, empunya blog dalam unit kebajikan dan kesihatan. For sure ada on-call, bila malam terpaksa bermalam di ANN-1-24. Tapi tak pernah terjadi on-call pun. Penat jer tiap-tiap malam tidur kat ANN, pagi-pagi buta kembali semula ke B1.

Bila semester 7 dapat blok B2. Before ni B2 blok lelaki. So, masa pindah barang dari B1 ke B2 agak malu jugak lah sebab terpaksa menceroboh masuk ke blok lelaki. Empunya blog ingat lagi, coursemate empunya blog tak berani naik tingkat atas B2 sebab terdengar dari bawah suara lelaki tegur empunya blog di tingkat atas. Padahal lelaki tu fasi jugak. Coursemate empunya blog terus berlari ke B1. Hahaha. Lawak giler bila dikenang semula.

Sebenarnya duduk kat blok lama ker blok baru sama jer. Sebab empunya blog pernah dua tahun (4 semester) duduk di blok lama dan 2 semester duduk di blok baru. Yang bezanya ialah jumlah roommate. Dari segi lain tak de beza sangat selagi diri dapat sesuaikan diri dengan segala jenis keadaan.

Jom tinjau sekitar kawasan tempat tinggal empunya blog selama satu semester ini..

sunyi jer asrama sekarang. maklumlah tengah cuti semester. tengoklah bilik masing-masing semua gelap jer..

area kat bawah asrama pun lenggang. Motorsikal pun tak banyak..cuti sem kan..

area kawasan depan kolam renang pun kosong jugak..

sini pun xde orang..

*fasa pertama entri bergambar pasal lenggang. Lepas ni boleh masuk contest pasal lenggang, sunyi dan seangkatan dengannya*

kolam yang belum berkesempatan mencemar duli
tangkap gambar time monson, gambar memang kelam, sedih, sunyi semuanya ada..
,macam monson jugak..

fasa seterusnya mari ke rumah saya..

ini pintu rumah empunya blog. sila abaikan tong yang berwarna biru itu..

tempat letak kasut. rumah ni lain sikit dengan rumah orang lain. tak boleh pakai selipar dalam rumah sebab tiap-tiap dua minggu sekali ada orang yang bertugas membersihkan rumah siap mengemop lantai lagi. So, segala sepatu, kasut, sandal dan apa juga pengalas kaki yang dipakai di luar sila letak secara teratur di sini. 

biasalah perempuan. kasut pun ada banyak jenis. kat dalam rumah ini ada 12 orang penghuni. so, bayangkanlah berapa pasang kasut di sini kalau campur dengan kasut pergi kuliah, sandal pergi beli makanan di luar hostel, kasut jogging, kasut dating dan sebagainya

ini boleh dipanggil ruang tamu sebenarnya. tapi maaf tiada TV dan sofa. Area ni selalunya ada ampaian yang macam dalam gambar dan letak barang-barang tak muat letak dalam bilik. Kenapa ada ampaian? sebab malas nak turun bawah pergi ke blok lama sidai pakaian. Cara yang mudah ialah membeli portable ampaian

ini pantry. tempat basuh baju dan pingan mangkuk

fasa seterusnya mari ke bilik saya..

meja studi yang agak bersepah. walaupun sebenarnya tak studi pun kat meja ni.

gambar yang lain adalah sensor. bayangkanlah keadaan meja pun dah macam itu. keadaan bilik pun hampir kurang sama

pemandangan dari tingkap ruang tamu

fasa seterusnya pasal jiran. B2-402

ini lah rumah jiran empunya blog. tiada pintu. Minggu lepas waktu petang masa empunya blog tengah tidur, bunyi construction, ingatkan ada kerja-kerja pembinaan kat bawah, rupanya kat sebelah rumah. bising-bising pun tidur jugak..

before ni ada pintu. tapi pintu tu dah terkopak ntah macam mana ntah. maklumlah dulu kan blok ni blok lelaki..agaknya tukar pintu baru kot..

ini pintu milik jiran sebelah

yang ini plak lorong gelap walaupun terang sebab lampu terpasang. cuba kalau lampu tak pasang. memang seramlah kalau nak menapak. 

itu jer kot..
maaf entri boring atau mungkin ada yang tak faham

2 comments:

ferdaus said...

wah...mcm kngn terindah je ek..
bab kasut tu yg best. laki suma sama jer kasut.. hanya 2 @ 1 psg jer...

nourel A said...

hahaha..biasalah perempuan asal keluar jer beli kasut tu yang kasut berlambak-lambak