salam
14 hari bulan
macam-macam yang terjadi
ada manis, kelakar, sedih dan apa-apa lagi
untuk first part 14hb
saya cerita pasal tesis yer
lain kali saya cerita pasal part 2
sepatutnya entri ini ditaip sebaik sahaja saya menghantar second draf tesis
tapi disebabkan kemalasan plus penat
maka entri ini ditaip hari ini
sepatutnya tesis dihantar sebelum pukul 1
tapi memandangkan saya
pada pukul 9 baru sahaja siap mengedit
pukul 10 baru tergedik-gedik pergi print
dan bermacam-macam masalah timbul
maka tesis dihantar pada pukul 2
betul cakap cik choi
dah hantar tesis umpama dah dapat degree secara tidak rasmi
walaupun final belum lagi
harus diingatkan
my final will begin diz 21
memang dahsyat yer penangan tesis
tak overconsume coffee pun tak rasa mengantuk
lagi pun saya pun dah takut nak coffee
sebab ia secara dahsyatnya menukarkan mood saya
tiga hari kot tak tidur
2 hari tak tidur dalam kata sebenar
macam orang bercinta plak
makan tak lalu
mandi tak basah
tidur tak lena
dok teringatkan tesis yer
tapi bila 14 hari bulan tu
memang blur giler
mata bengkak semacam
hampir-hampir kot nak jatuh longkang
sebab mata dah berpinar-pinar
to my junior, sila jangan tiru aksi ini
sangat berbahaya
p/s: saya nak tanya. am i better writting with diz style or paragraph?
3 comments:
sgguh dasyat kmu..
hahaha..sabar2..
whatzz up - tulah nasib baik roommate kesayangan tiada masa penghantaran tesis..kalau tidak mesti dia gelak besar melihat saya yang amat berserabut masa tu..
munirah - hahaha..dah lega dah..tapi separuh jer..takut jer..ntah dapat markah berapa ntah untuk writing..macam presentation lagi better than writing
Post a Comment