menemui Perempuan,
dengan selamatnya.assalamualaikum dan salam penuh cinta dari kakak. apa khabar? semoga sihat dan aman, semoga sejahtera dan sentosa. untuk kakak di negeri jauh ini, alhamdulillah --berbiasa2 dan bertenang2 sahaja.
adikku Perempuan,
bagaimana hidupmu lewat kebelakangan ini? apakah elok? apakah molek? maafkan kakak kerana sudah terlalu lama tidak berutus surat, bertukar hikayat melalu warkah. arakian hari2 kakak semenjak dua ini terlalunya sibuk dengan pelbagai. harap dimaafkan. harap diampunkan.
adikku Perempuan,
mengenai soalan kamu tentang kekasihmu si Lelaki itu, sukar hendak kakak jawabkan. kakak sendiri masih mencari makna hidup sambil memperinci iman; gerun untuk kakak berikan kata2 hikmah untukmu. tapi kakak cuba juga.
adikku Perempuan,
mahalkan diri kamu itu, dik. jangan dilelong2 pada sesiapa sesuka rasa. sabarkan diri kamu dan yakinkan pada diri yang kamu ada harga. biar ditempik seribu orang, tuhan itu maha kaya, dan dia akan bagikan kamu seseorang yang selayaknya.
kuncinya hanya tunggu.
lebih cantik seorang kamu itu kalau bijaksana dan hebat sifat diri. seperti pusaka lama yang dimahukan dan diidam2, tapi terkhusus untuk dibeli juragan dan bukan orang kebanyakan. rasakan manis cinta pertama bersama tuan yang memilikmu sehingga habis usia dunia. atau kelak kamu akan merasa ralat kerana pemilik abadi cuma mendapatmu yang sudah sisa.
adikku Perempuan,
apalah digentarkan mati seorang, tak dikasih tak disayang tak dipandang. kalau sungguh imanmu pada tuhan, pasti kamu sedar yang tidak pernah walau sekali kita ditinggal belakang. setiap masa, tuhan itu penuh kasih, melimpah sayang, selalu memandang. kita selalu ada tuhan, dik. sentiasa. setiap masa.
dan sudah dijanji pada kita yang setiap kita tercipta sama pasangannya. maka percaya. dan tunggu datangnya dia. satu2nya dia. berhati2, wahai adikku Perempuan, bila datangnya jutaan Lelaki merempuh pandang, jangan terus2 rangkul kamu itu kamu depang. ingat, dan ingat selalu; semua itu tentera2 iblis yang mahu menggoyah iman kamu.
namun ah kalau pula ditunggu satu2nya dia yang tak kunjung tiba, berimanlah pada janji2nya yang kita semua sudah ditakdir berdua2. kalau tidak dijumpakan kita di dunia, apa dimarah; bukankah lebih manis bersua di syurga? kalau di setiap puisi dan lagu kamu nazamkan penantianmu ke pintu syurga, nah~ ini masanya, bukan?
adikku Perempuan,
kalau sungguh sudah terlepas rasa mengharap cinta pada Lelaki, kuncikan maruahmu dalam peti besi yang paling waja. ambilkan kuncinya dan buangkan ke laut, atau mintakan ayahbonda pegangkan sehingga tiba masanya. ingatlah, adikku Perempuan, tak ada parang yang mahu bersarung buruk; segaknya kan hilang, garangnya kan terbuang. dan kalau pun ada, kakak begitu pasti yang merananya kamu. kerana untuk parang secantik itu, semahunya kamu hendak menjadi sarung bertatah permata hanya untuk dia.
adikku Perempuan,
masa adalah sesuatu yang jahat untuk kaum kita. jasad kita adalah makanan utama usia. maka segalanya perlu teratur molek dan cantik. mungkin, adikku, kerana itu kita begitu terdesak untuk setiap apa yang kita susun dari seawal remaja. nasihat kakak, wahai sayangku, berhentilah kau kejarkan sesuatu yang tak terpegang itu. berhenti dan terima dengan tangan terbuka yang setiap apa yang terjadi adalah tulisan dari cerita tuhan. lebih keras kau genggam takdirmu, lebih teruk nanti akan jatuhmu.
adikku Perempuan,
akan datang bila setelah semuanya kamu kerjakan, takkan tercukup pada mata Lelaki. usah kau deraikan airmata kamu itu, dik. bila tiba hari itu yang setiap usaha keras kamu dibalas tuba dan celaka, amankan hati kamu dan senyumkan sahaja. bisikkan pada jiwa kamu yang sungguh sesuatu itu bukan rezekimu. khabarkan pada hati kamu yang kamu sudah cuba setiap termampu untuk Lelaki kamu. ujarkan terima kasih pada diri kamu yang sudah menghempas-pulas setiap darah yang memeluh tubuh itu.
lurutkan dada kamu dan kata:
aku sudah cuba.
adikku Perempuan,
ada masa, tuhan mahu menduga iman yang terselit dalam dada. apakah kita lebih mengasihi Lelaki; atau Dia --yang mencipta Lelaki untuk kamu dapatkan. apakah kita lebih mencari Lelaki; atau Dia sendiri --yang mencipta Lelaki untuk kamu kejarkan.
adikku Perempuan,
kamu lebih tahu bagaimana untuk menghidupi hidupmu. kakak juga antara bidadari yang tersungkur, maka di manalah layaknya untuk kakak menjawab persoalan kamu itu. kalaulah ada apa2 yang mampu kakak paksakan untuk kamu telan intinya adalah ini: mahalkan diri kamu. jangan pun dijual pada orang sebarang2. kamu lebih tinggi dari apa kamu rasakan. pekakkan telinga pada lidah2 iblis yang mengajak kamu meniaga maruahmu secepatnya dek takut luput tarikh molekmu --kerana cantik kita tak berpenghujung bila mana dipelihara cantiknya kita itu.
adikku Perempuan,
semoga bertemu dalam lain2 warkah. sambutlah salam kasih dan cinta dari kakak ini, semoga terlerai setiap gusar risau hidup dunia yang tidak ke mana ini. semoga ayah dan bonda tidak pernah lari dari ingatan kamu.
sampai jumpa,
kekandamu;
fynn jamal,
bidadari rosak sayap,
di negeri jauh.
--------------------------------------------------------------------------------------
haih.
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=141273392588415&id=656853982
--------------------------------------------------------------------------------------
tapi bagus juga. sebab pagi2 isnin aku dapat bicara pagi yang merengsa akal.
sebab aku dah puas marah sampai keluar airmata pasal video di atas ini,
aku bubuh bincang2 kecil aku sama kawan2 di facebook --sebab aku malas nak tulis semula di sini. aku risau aku jadi emosi semula.
maafkan aku atas marah2 dan tulisan aku hari ini. sesungguhnya, aku takut hendak kata banyak2 tentang orang2 secara spesifik.
aku sungguh takut.
rasulullah saw bersabda: "sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (h.r. tirmizi)
peganglah kata2 ini. insyaAllah, terpegang kita pada tiang risau.
sebab aku dah puas marah sampai keluar airmata pasal video di atas ini,
aku bubuh bincang2 kecil aku sama kawan2 di facebook --sebab aku malas nak tulis semula di sini. aku risau aku jadi emosi semula.
maafkan aku atas marah2 dan tulisan aku hari ini. sesungguhnya, aku takut hendak kata banyak2 tentang orang2 secara spesifik.
aku sungguh takut.
rasulullah saw bersabda: "sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (h.r. tirmizi)
peganglah kata2 ini. insyaAllah, terpegang kita pada tiang risau.
--------------------------------------------------------------------------------------
antara komentar yang menarik mata aku.
"kita tahu kita pun sama tak sempurna. sama jahatnya. tapi gunalah akal. janganlah buat onar kemudian dibangga2. apalah perasaan mak abah sedara mara kalau terjumpa benda2 ini semua?
aduhai~
lantaklah dia. kesian sama keluarga dia."
aduhai~
lantaklah dia. kesian sama keluarga dia."
"ya allah... aku harap aku dapat didik anak2 aku supaya tak jadi macam ni...
nauzubillah... seram plak aku tengok..."
nauzubillah... seram plak aku tengok..."
"ni antara bangse² mase depan yg akan rosak..bukan rosak da ni... da binasa...
hanye pkr kepentingan diri sendiri.. maruah letak tepi... nama keluarga tercemar...
aku kesian kt mak ayah dorg..."
"kat new york bai... BODOH..."
"adakah rakyat malaysia mengamalkn sikap berdiam diri atau bahase pasar
--gua mls nk jage tepi kain lu ar bro.....???"
"But on the other hand, with a kiss, the girl had the guy in her command. Lalalalaa~
So give a guy sex, and you will have him at your command.
Cuma kena pandai jgn sampai dipergunakan.
Malas nk kutuk sbb takut nanti terkena kt diri sendiri."
"that is NOT the point. the point is, kalau nak makan tgh ari di bulan ramadhan, beli takeaway, makan kat rumah. sebab kalau dah lahap depan orang, itu kurang ajar."
"baik pilih KLCC, tgok jantan tu mampu atau x penuhkan kehendak kau. nak uji jantan, lepas tu menggadai diri. sakit jiwa tengok. sanggup bercium depan khalayak ramai.
lantaklah nak bt dosa mcm mana byk pun, tp x perlulah bangga dengan ciuman yg x kekal tu.
bangang mmg sgt bangang ~"
"arghh!! kenapa aku yang menangis kat skrin ni!!!! dia takde family yang ada facebook ke? kenapa aku yang risau perasaan abah dia!!!"
"kan? sy pun rasa mcm yg akak rasa. speechless sebenarnya.
aduih! rasa mcm sy yg nak hantuk kepala kat dinding. kita yg sakit kepala lebih drpd diorang."
"xperlu nangis kerana gelagat manusia yg dikurnia akal tp xdigunakan dgn sebaiknya...
itu perasaan abah die... bagaimana dgn mak die yg melahirkn??hancur luluh hati seorg ibu...."
"ada komen di atas ni macam menggalakkan lagi je... do u know the difference between buat dosa sorok2, and buat dosa depan orang dan bangga?? do u think u can really control a guy by kiss n sex only?? u rela korbankan maruah u semata2 kerana gila kuasa to be in command??"
"easy.... yg kaum hawa dgr sini.. nk pujuk dan taknak kena tinggal punya pasal, ko bg mahkota dan mahligai ko... betol sgt ke cara tu??? yg kaum adam... ko ingat kuasa ko power sgt??? mana tanggungjawab ko? ko amek je la kalau hawa dah "bagi"??? kalau arwah uztaz aku nmpak cam kat atas... komfrem kene penampar!!!!"
"bnde la yg aku paling takut kalau ade anak nanti.. kita dulu sosial, sosial gak tapi tak ade sampai macam ni. kita tahu jage batas. yg 2 ekor keldai ni bajet sweet couple. yg orang dok lalu lalang tepi jalan tu tak nak pulak hentak 2 ekor tu.. doa je la anak2 kita tak macam ni nanti..sedih la budak-budak zaman sekarang macam ni..."
"tu lah. kita tak peduli pun siapa overpower sapa. siapa command siapa. dan percayalah. lelaki itu tak ter-possess pun dgn perempuan itu punya ciuman. lelaki itu horny. dia layankan perasaan gersang dia sahaja. tak adanya mahu ikut kata atau apa. perempuan tak pernah menang when it comes to such things. sebab perempuan akan letak emosi dalam sex and kisses and hugs. kerana sayang, kononnya. lelaki yang jenis begini? peduli hapa. punai dia yang pertama. lelaki elok bukan di tepijalan begini. lelaki elok akan risau kekasihnya dipandang orang."
"umur2 mcm diorg ni tak tahu cinta tu apa.. diorg tahu nafsu semata2.. pls la.. dah barai pompuan tu dia keje kan esok2 kena tinggal mcm tu jek. lepas tu sape lg yg nak kutip? xde maruah langsung!"
"demm gua geram siot.. naseb aku xde adik mcm tu... mmg nahas aku keje kn... cian mak ayah dorg...besar kn dgn kaseh syg... di balas ngn contengan arang di muka.... OMG..."
"demm gua geram siot.. naseb aku xde adik mcm tu... mmg nahas aku keje kn... cian mak ayah dorg...besar kn dgn kaseh syg... di balas ngn contengan arang di muka.... OMG..."
aduhai~
sumber: http://puisitepijalan.blogspot.com/2010/11/mahal.html
No comments:
Post a Comment