Friday, October 8, 2010

fyp

fyp itu macam sebuah percintaan
pada suatu hari kita jumpa dengan ibu bapa (penyelaras)
yang memberitahu kita layak untuk sebuah percintaan
ibu bapa (penyelaras) pun berkata terpulang kepada kita untuk mencorak percintaan  click

punyalah susah kita nak cari calon yang sesuai (supervisor)
kita dah tetapkan ciri-ciri (tajuk dan bidang yang sesuai)
ada yang tersangkut
ada yang terpaksa menerima penolakan
lumrah lah
kan sebuah percintaan click

bila kita diterima
kita punyalah suka
berjanji sehidup dan semati demi tesis tercinta click

biasalah
macam percintaan
ada pasang dan surut
kadang-kala semangat tinggi
kadang-kala macam hangat-hangat tahi ayam click

ada yang sampai berfoya-foya
tak ingat kekasih hati (tesis)
fail-fail berbulan-bulan tak bukak
journal malas nak cari

ada yang pula
bila kekasih hati terpaksa meninggalkan kita
(ini kes tukar tajuk)
kita terpaksa lupakan kekasih lama dan cari kekasih baru

bila time nak jumpa dengan parents
(time presentation proposal)
punyalah berdebar-debar
tangan menggigil
suara terketar-ketar
Tuhan sahaja yang tahu
parents (panel) tanya soalan yang bertubi-tubi
kalau kita berjaya
maknanya peluang kita cerah click

tapi langit tak selalu berawan
kadang-kadang mendung juga
bila lagi sekali kita diduga untuk berpisah dengan kekasih hati (tukar tajuk, ada masalah dengan peralatan dan sebagainya) click click

bila kawan-kawan sudah bermula menyediakan segala keperluan untuk hari bahagia kita (sudah start collect data, masuk lab) click click
ada yang masih terkontang-kanting
ada masalah itu
ada masalah ini
pokoknya percintaan ini tak semudah dan se-smooth yang dijangkakan click

bila tiba hari pertunangan kita (peresentation progress)
ada yang masih collect data, ada yang belum start lagi dan ada yang dah siap pun..
macam-macam masalah yang timbul click
yang belum collect data akan difire dengan parents (panel)
yang dah siap boleh bersenang-lenang menunggu hari bahagia click

tapi semasa tempoh pertunangan (penulisan tesis)
macam-macam masalah yang timbul
kekasih hati merajuk (tak tahu nak analisis data) click click
kekasih hati minta macam-macam (berserabut kepala otak nak buat discussion) click

bila tiba hari bahagia (presentation final)
lagilah berdebar-debar
parents (panel) dah siap dengan soalan kaw-kaw
kita di depan sama ada mampu berdiri dengan confident atau tidak
sama ada tersenyum atau berduka

at end
tesis dihantar
itu belum jaminan
selagi slip exam belum dapat
tapi selagi kita berusaha
insya-Allah kita akan berbahagia dengan kekasih hati

p/s: good luck to my junior..
pp/s: sebahagian journey fyp

No comments: