Friday, September 3, 2010

insan yang saya ingin jumpa

salam

telah pun selamat sampai di rumah sejak 31 Ogos yang lalu
saya menyambut merdeka di dalam bas Transnasional di seat 7C
heaven betul dapat duduk di seat single
sebab tak perlu risau siapa yang duduk di sebelah saya
dan boleh tidur dengan pelbagai gaya
(tak senonoh betul anak dara ni..)
dan of course ketika detik 12 malam saya telah dibuai mimpi agaknya disebabkan penangan ubat batuk

dan dengan bangganya saya tidak menghadirkan diri ke kelas pada hari rabu
(ini pengakuan berani mati)
ini bermakna saya telah memonteng 2 kelas iaitu kelas bahasa Perancis Komunikatif dan kelas supervisor saya, Therapeutic Nutrition
mujur Dr Nizaita tak buat kelas Islam & Ideologi hari rabu
syukur alhamdullilah

pada hari kejadian saya balik (ceh..)
iaitu hari Isnin
sangat kelang-kabut yer
dengan kelas habis pukul 5 tapi nasib baik Dr Nizaita kasi keluar awal, 4.15
tapi malangnya saya telah disekat oleh segerombolan manusia yang berduyun-duyun ingin memukhliskan diri mereka di CIMB
sangatlah tensionnya
sebab ia melambatkan pergerakan saya untuk kembali ke hostel bagi mempacking barang
dah lah waktu selang sebelum kelas pukul 3 saya telah ke TER (Terengganu Equstrian Resort) untuk uruskan pasal Majlis Riang Raya Bersama  Fasilitator MJM 2010 yang dijadualkan ke 1 hb Oktober ini
doakan lah proposal kami diterima HEPA yer
dah tak kuasa nak negotiate harga dengan resort-resort dan hotel-hotel terpilih di sekitar Kuala Terengganu ini
sangatlah memeningkan kepala
kemudian sempat lagi pergi ke Pasar Payang
temankan si Ata pergi beli souvenir untuk respondent dia
sangatlah menguji keimanan dan kesabaran
berjalan-jalan di Kuala Terengganu pada bulan puasa
dengan cuaca panas terik

seterusnya ialah pengalaman menaiki van kuning yang sangat menguji kesabaran menunggu
sikap tamak dan sebagainya lah..
maklumlah
selalunya dihantar oleh Honda City, Kancil, Atos dan sebagainya
entah bila kali terakhir naik van kuning
dan ia sangat memang sesungguhnya menguji kesabaran

dah lah bila sampai kat MBKT semua kedai makan penuh dan dipenuhi oleh orang-orang yang tak puasa
sabar jer lah
yang ni kena baca entri sebelum ini
malas nak cerita

hah?
apasal rasa entri ni dah corner 360 darjah
wah
dah terpesong dah
ini semua sebab tension
orang lain boleh beraya dengan senang hati
tapi saya dan rakan-rakan terpaksa menghadap tesis
maklumlah 29hb 9 nak kena hantar daraft tesis
sabar jerlah

tu yang macam tak betul sikit
oklah
kembali ke tajuk entri
insan yang saya ingin jumpa sangat ialah Forrester, Morabia, Himmelgreen dan sebagainya
saya tertanya-tanya
macam mana lah mereka boleh menghasilkan tesis pasal drug addict
tolong lah ajar saya
saya sangat blur sekarang


p/s: entri ini sangat panjang..dah lah rasanya tak buat entri panjang macam ini..

No comments: