Sunday, July 11, 2010

MJM 2010/2011

salam..

maaf
rasanya sudah hampir seminggu blog ini tidak dikemaskinikan
sudah bersawangkah blog ini?
harap-harap tidak
sebab sudah terlalu penat untuk membersihkan sawang

bermula dari kursus TOT di Agro Setiu
kehidupan sebagai seorang fasilitator pun sudah bermula
kehidupan yang dimasukkan di sini ialah tidur lambat, bangun awal, tak sempat nak mandi malam (syyyyhhhh...jangan bagitahu sape2), tak sempat nak basuh baju, tak sempat nak makan dengan penuh  nikmat (makan terkejar-kejar)
dan yang paling penting tak dapat nak update blog
sorry lah kepada pembaca setia blog ini
huhuhu (perasan)
(entri ini macam entri menyenaraikan perkara yang tidak sempat anda lakukan sebagai fasi...hahaha)

hari pertama MJM
semasa pendaftaran
saya bertugas di DSM
saya bertugas di kaunter H1N1
tugasnya ialah menyebarkan risalah
jaga kaunter
dan sebagainya

ini kaunter tempat saya bertugas

tapi kami selalu melakukan tugas lain
antaranya ialah sebagai kaunter pertanyaan untuk bertanyakan di mana kaunter pendaftaran
di mana CIMB Bank
di mana asrama
di mana cafe
dan sebagainya
untuk pengetahuan semua
kaunter nombor giliran terletak di belakang kaunter H1N1
kami bukan ingin membelakangkan kaunter nombor giliran
atau menyembunyikan kaunter tersebut
entah kenapa meja kami macam strategik sangat jer buat ibu bapa dan pelajar-pelajar baru untuk bertanyakan soalan
kaki pun dok lenguh
dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 terpacak kat depan DSM tu
bila dah penat berdiri, duduk
bila dah boring kat luar, masuk dalam DSM tu

lihat fasi dua orang ni..pening kepala mereka menjawab soalan-soalan yang pelik-pelik..






 gambar-gambar di atas adalah suasana di hari pendaftaran


tapi yang jaga di asrama
saya memang tabik spring lah
dengan cuaca panas terik
(Terengganu kan..)
mereka tetap sabar melayan kerenah ibu bapa dan pelajar baru
dah lah tolong angkat beg
tapi itu pun kena perli juga
sebab angkat beg yang paling ringan
padahal yang angkat beg paling ringan tu merupakan arahan orang atasan
tu belum lagi yang complain pasal bilik yang kecil
kipas yang slow
dan macam-macam lagi
yang tak logik langsung

dah penat-penat di DSM dan di asrama
ada pula LDK waktu malam
secara jujurnya
saya mengaku
saya merupakan salah seorang fasi yang datang lambat ke dataran canselori
sehingga menjadi topik hangat semasa post mortem
tapi saya bukan sengaja
sebagai unit kesihatan dan kebajikan (K&K)
malah pemegang first aid kit
jangan haraplah
kehidupan sebagai fasilitator akan berjalan dengan lancar
dah lah datang lambat LDK
tak ikut modul pula tu
malah ketika LDK sedang berjalan
terpaksa meninggalkan LDK sebab kes-kes kecemasan
yang bukan kecemasan sangat pun
(faham maksud saya? sila buat-buat faham yer..)
ayat paling popular ketika LDK ialah "ada apa-apa soalan?"
tapi tiada respon pun 
senyap jer
dah saya penat
mereka pun penat

hari-hari yang berikut
tugas sebagai unit K&K
sungguh mencabar
memang tak lekat pun duduk kat kerusi
ada jer 'kecemasan'
baru jer naik kat tingkat atas DSM
dah ada orang suruh turun
sabar jer lah
sampaikan ayat kecemasan tu di salah gunakan
takkanlah nak mintak plaster, sakit perempuan, kaki melecet dan sebagainya
dianggap sebagai kecemasan
konsider lah saya sikit
dah lah kena bermalam kat ANN
pagi-pagi buta balik ke B1
penat usah cakaplah..

tapi rasa gembira dapat tolong pelajar-pelajar yang benar-benar sakit
bukan sakit yang mengada-gada @ gedik
kaki melecet sikit pun tahan
semangat juang pelajar OKU yang patut diserap
sangat kasihan tengok mereka
tapi sangat berbangga tengok semangat mereka
moga-moga tabah menjalani kehidupan di UMT ini
ini semasa hari kedua di DSM
saya memang suka duduk dibahagian paling belakang
senang untuk TIDUR

ketika program sehari bersama fakulti
memandangkan saya pelajar FASM, Fasi FASM, maka ini adalah sepagi bersama FASM di dataran kompleks kuliah



 macam chinese new year jer..
tengok semua merah..



 korang layan jer lah gambar ni..



 pandangan mata dari seorang fasi yang tengah duduk

 
ini barisan pembantu caterer semasa majlis ikrar pelajar
kalau ada job kosong, sila contact mereka yer..


tak tahulah fasi ni tengah tido atau khusyk dengar taklimat

cuba teka ini kereta sape?


 
 ini di dataran canselori untuk LDK 3
LDK yang paling sempoi sekali sebab kena hafal misi, visi & lagu UMT

 macam tekun tapi tak berkapa nak tekuin



 
bersungguh betul fasi ni menguruskan sesi pengambaran



ini lah batch 2010/2011 food science (foodservice & nutrition)

 
ketika majlis dialog bersama pemimpin
hari yang sangat penat buat saya sebab terpaksa menjalankan dua peranan

MJM pun dah habis
tapi kenangan tetap tersimpan di sanubari
walaupun tiada peluang lagi untuk menjadi fasi tapi pengalaman yang diperolehi akan cuba dimanfaatkan sedaya-upaya
mungkin ada hikmah kenapa saya tidak terlibat dengan MJM semasa di tahun awal pengajian
dapat groupmate yang ceria dan berusaha bersama
satu nikmat yang sukar digambarkan
to my groupmate 
sori kalau ada salah dan silap
maklumlah tengah tensen melayan budak-budak ini


yang paling sedih tentulah sebab kena berpisah dengan benda ini
dah jadi macam darah daging
sebab benda inilah saya jadi famous
huhuhu

tak tipu memang penat jadi fasi
tengoklah fasi-fasi yang ketiduran akibat penat

lena betul tidur..

tengoklah
walkie talkie pun ada tempat khas
letak dalam sandal



ini semasa persediaan untuk persembahan fasi

part yang paling best..
huhuhu...
penuh satu drawer
p/s: sudah lama tak taip, rasa feel kureng sikit..huhuhu..lagipun penat..sorilah..
mula membiasakan diri bilik di aras 4


7 comments:

ferdaus said...

wah mcm best mcm rugi xjoin.. huhu..
wah keta sapa yg smart tu...

Nourelalmaas said...

oh2, cik nurul, lpas ni blehla lantik jd k n k lg

nourel A said...

ferdaus - entahlah..xsure kete sape...

nourelwardatulnisa' - xsanggup dh.. hilang segala kesabaran...

ferdaus said...

jadi class rep k pasni.. huhu

nourel A said...

eh, apsal plak kena jd class rep?

ferdaus said...

kn jd ketua yg bgus.. lead our class.. hahaha

nourel A said...

xde maknanya..