Thursday, June 3, 2010

tak rehat pun...

semalam
bila seseorang bertanyakan kepada saya apakah aktiviti saya untuk hari ini
saya dengan confidentnya menjawab mahu berehat setelah 3 hari bertungkus-lumus mengumpul data

tapi
saya ni jenis manusia yang selalu tak ikut apa yang dirancang
ada sahaja yang berlaku

dan benar
saya tak rehat pun hari ini
seperti yang diimpikan semalam

semuanya berlaku dengan tidak disangka-sangka
manalah saya tahu saya akan terkandas di mpm sehingga pukul 1
niat dihati hanya untuk jumpa puan A dan jadi panel sensory untuk miss Y
bila dah habis sesi sensory
tangan ni gatal plak nak buat sosej lekor miss F
tu yang terkandas kat lab sampai kul1

kul3.30 pula kembali semula ke kampus
hantar barang yang dipinjam ke msm
si encik P pula dengan sengalnya suruh menghantar alcohol pad ke rumahnya
temperature kereta miss F naik dengan mendadak
maka tersadailah kereta miss F depan rumah encik P

encik P buat tahu jer
nasib baik jiran depan encik P baik hati
bagi kami berteduh di rumahnya
sementara menanti kereta sejuk

setengah jam rasanya menjadi tetamu di depan rumah encik P
dekat pukul 5 baru hantar kereta ke workshop kat area depan taman perumahan encik P
dah lah hujan
sabar jerlh menunggu si mekanik merepair kereta miss F

bila hujan dah teduh
bukannya buat kerja dengan cepat si mekanik ni
penuh gemalai betul buat kerja
kaki pun naik lenguh menuggu si mekanik ni buat kerja
sabar jer lh

bila dah balik
perut rasa lapar
tengah hari tadi melantak sosej lekor miss F jer
nak tak
walaupun penat
terpaksa gak lah memasak

sekian jer lah aktiviti untuk hari ini
sangat penat
semoga esok tak ada halangan untuk saya merehatkan diri

4 comments:

ferdaus said...

sedap x kopok miss f?

nourel A said...

sedapppppppp

ferdaus said...

kmpunannyer.. hmmm...

nourel A said...

tunggu miss F wat sensory..nnti k0 dpt rasa 3 formulation sosej lekor die..