Monday, June 21, 2010

a moment to remember

hahaha
saja jer ambik tajuk filem korea
padahal takde kaitan pun dengan filem tersebut
saya tiada suami
saya tidak menghidap alzhemier
mahu pun amnesia
hahaha
sila abaikan intro yang mengarut ini

tiba-tiba
bila berada di rumah
teringat kat asrama

bila berada di asrama plak
teringat plak kat rumah

ish
apa yang dimerepekkan ini
kembali ke point asal..

hahaha

tiba-tiba
teringat kat kawan-kawan di asrama
baru berada di rumah
teringat kat teman-teman yang belum sampai seru untuk balik ke rumah
bersabar lah yer..

ish
merepek lagi!

ok
ok
kali ini kembali ke point asal

a moment to remember tu merujuk kepada percutian saya selama 2 bulan setengah di UMT
kalau orang lain bercuti di genting lah, bandung lah
dan whatever lah sehingga segala destinasi pelancongan sekadar menambahkan sendu di jiwa
tapi saya mampu bercuti di UMT
untuk menyiapkan FYP ku

sebenarnya
banyak tentatif program yang telah disusun untuk menghabiskan cuti selama 3 bulan ini di UMT
tapi
biasalah
kita hanya mampu merancang
Tuhan yang menentukan
percutian yang selama 3 bulan itu telah saya pendekkan menjadi 2 bulan setengah
kerana saya telah siap mengumpul data dengan tidak disangka-sangka awalnya
hahaha
tahniah!

banyak saya belajar selama cuti akhir semester
jika sebelum ini
cuti-cuti akhir semester yang panjangnya selama 2 bulan
diisi dengan aktiviti-aktiviti di rumah
antaranya
menambah body fat percentage denagn jayanya
meningkatkan lagi angka-angka BMI
dan sebagainya
yang sebagai budak sains makanan (perkhidmatan makanan dan pemakanan)
(maaf, nama course saya memang panjang)
haruslah malu untuk mengatakannya

tapi kali ini percutian lebih bermakna
walaupun sekadar menyewa sebuah bilik yang mempunyai 3 buah katil di blok B1
dengan kadar bayaran rm4 sehari
dan akhirnya anda seperti menyewa sebuah rumah di blok B1
kerana ditinggal berseorangan menjadi penghuni rumah tersebut
owh
lupakan segala kisah bilik
tiada air-cond di bilik anda
tiada tv di bilik
anda harus turun ke bilik TV untuk melihat siaran astro
dan terkial-kial mencari remote control yang tidak tahu di mana diamnya
dan kemudian
apabila remote control telah dijumpai
anda harus berlari ke bilik untuk mencari bateri plak
hahaha
sila lupakan adegan yang boleh membantutkan semangat anda untuk menonton tv
dan kembali ke fokus utama
patut bersyukur kerana pernah merasai pengalaman menjadi penghuni asrama di kala suasana sepi sunyi

percutian kali ini
banyak melakukan penjelajahan yang tak terfikir dek akal pun mampu pergi secara berdikarinya ke situ
antaranya
besut, setiu, jerteh, bachok
sepanjang bulan 6 ini
rasanya
diri banyak menghabiskan masa di perjalanan-perjalanan itu
sehingga
telah hafal segala macam papan tanda

percutian yang hanya berkos sangat rendah
dan anda berpeluang mencuba pelbagai benda
dan pergi ke tempat tak terfikir dek akal pun anda akan pergi

dengan hanya bermodalkan senaskah proposal serta surat kebenaran
pengalaman yang tak dapat dilupakanlah
tentulah ketika mengutip data di PUSPEN dan rumah orang tua
bukan calang-calang orang yang mampu masuk ke tempat seperti itu
dan saya berbangga dapat merentasi pagar-pagar tinggi PUSPEN

seperti membuat misi keamanan plak
apabila
kami semua memakai labcoat, mask dan sarung tangan
melakukan tugas-tugas nutritionist
dan paling terharu
ramai yang menyangkakan kami budak medic
hahaha
merasa jugalah impian bergelar budak medic
apabila mak cik-mak cik dan pelatih-pelatih puspen memanggil kami dengan panggilan
'doktor, misi, nurse'
hahaha
nampaknya orang lain luar lebih menghargai keupayaan kami berbanding
mereka-mereka yang berlagak BESAR yang memperkecilkan keupayaan kami ini
itu belum yang tersalah anggap yang menyatakan kami dari hospital XXXX
dan ada mak cik yang meminta ubat setelah diperiksa segala antro, biochemical dan clinical
huhuhu
sungguh terharu

pengalaman yang tidak dilupakan
tentulah ketika melakukan explorace di sebuah penempatan warga tua di jerteh
jenuhlah mencari rumah mereka
untuk bertanyakan ubat yang mak cik - mak cik ini ambil
seperti pegawai banci plak lagaknya
dan itu belum lagi
seorang pelajar kolej swasta yang kebetulan berada di situ
seperti terpukau dan tergoda melihat kami bekerja
lantas turut menempel di celah-celah kami
sila abaikan
ini tak penting pun

menerima jemputan menjadi panel sensory untuk product coursemate pun
telah menjadi sebuah penghargaan yang terbesar
bayangkanlah
apabila hanya mereka-mereka yang mengalami sindrom
'tidak dapat bali ke rumah'
mampu menjadi panel sensory untuk segala macam produk
di samping seperti sebuah latihan untuk menajamkan kembali segala deria yang telah berkarat
dan sebuah pengiktirafan kerana menjadi antara insan-insan yang pertama yang mencuba produk yang belum lagi menjegah pasaran
hahaha

daripada tak tahu macam mana nak buat keropok lekor
terus menjadi pakar keropok lekor
walaupun setanding dengan master keropok lekor missF
daripada tak tahu menggunakan alat untuk membuat sausage
langsung terus tahu

daripada tak tahu apa-apa pasal surimi
langsung terus tahu segalanya pasal surimi
sampai mengingat segala supplier surimi

daripada tak tahu berurusan dengan HEPA
langsung terus jadi tahu
sebab mendapat seorang penyelia yang sangat berdikari sehingga turut melatih anak buahnya untuk berdikari
dan beliau sngat sibuk dengan segala urusan
jumpa 2 minggu sekali pun sudah cukup memadai

banyak sebenarnya pengalaman semasa percutian ini
tapi
nampaknya entri sudah hilang fokus
dan tak tahulah
sama ada anda memahami entri ini atau tidak

owh
biarkan..

2 comments:

Anonymous said...

nurulll...pnjgnyer citer...

nourel A said...

cik myza_eqaa mcm mne anda boleh berada dlm dunia blog ni? owh, mmg suka tulis pjg2..