Wednesday, June 9, 2010

kehidupan selepas collect data

hidup ini tak pernah sunyi dari masalah
hidup pelajar FYP juga begitu
selagi tesis akhir belum dihantar
selagi itulah
ada sahaja cabaran dan onak duri yang perlu dihadapi
tabahkan hati wahai kawan-kawan
begitu juga dengan diriku

janganlah cakap saya dah boleh relax atau bersenang-lenang
sesungguhnya kalian tak tahu betapa peningnya kepala ini melihat segala macam data untuk diolah menjadi maklumat
dan dianalisis supaya maklumat itu berguna
mungkin kalian belum berada di fasa ini lagi
sabar..
nanti kalian akan tempuhi juga fasa ini

sekarang berada di fasa malas untuk melihat segala digit dan aksara-aksara dalam questionnaire
dush, dush
pergilah segala kemalasan
supaya hati ini aman ketika pulang
supaya segala kerisauan hapus..

dua tiga hari ini tiada aktiviti menarik yang berfaedah
selain diri ini terleka dengan laptop
sehingga membuka segala laman sesawang
dan melupakan kertas-kertas yang bertimbun-timbun untuk dianalisis

semalam menjadi panel sensory encik Y
lidah menjadi fatique sebab terpaksa menilai 12 sample
tapi saya paling suka sekali
time dah habis wat penilaian dapat goodies dari penyelidik
time tu memang seronok
sebab rasa kembali ke alam kanak-kanak
happy bila dapat beraneka makanan ringan
kalau penyelidik jenis yang pemurah atau ada budget lebih
dapat goodies macam dapat goodies dari birthday party
tapi saya tak kisah pun
asalkan dapat cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada deria saya yang menilai produk mereka

owh
tiba-tiba jer teringat surat AADK yang telah berada di tangan saya setelah berminggu-minggu saya mencarinya
tak tahulah apa masalah yang akan timbul
harap-harap masalah tak akan timbul
saya berpegang kepada prinsip
'student boleh buat salah'
so, maafkan saya jika tindakan yang saya ambil salah

satu lagi masalah
bila masa pulak lah nak minta tanda tangan s.v
s.v balik malaysia 12 hb ni
12 - 15 dia kat usm
15 dan seterusnya ada di pulau perhentian
18hb pula saya balik
so, bila masa lah pula saya boleh mendapatkan tanda tangannya?

kan hidup tak pernah sunyi dari masalah
cuba untuk berfikiran positif menghadapi masalah..
insya-Allah

No comments: