Friday, May 28, 2010

journey to Bachok

PERHATIAN: ENTRI INI PANJANG.
(DIHARAP TIDAK...)

salam..

ini entri pertama yang saya taip pada usia  22 tahun (huhuhu..)
kepada sesiapa jangan belum berusia 22 tahun
sila jangan jelez
hahaha

maaaf
sudah lama (walaupun sekadar 4 hari sahaja)
tidak meluangkan masa
mengemaskinikan entri-entri

kebelakangan ini
sejak balik dari bercuti
saya seakan mengalami sindrom
sindrom apa?
sindrom tak tahu nak karang ayat untuk dijadikan sebagai sebuah entri

sebenarnya
banyak juga kejadian/ peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh ketiadaan sebarang entri baru
tapi entah kenapa pula
otak seakan tidak dapat berfikir
untuk menjana ayat-ayat
agar terbentuklah sebuah entri

alhamdullilah
sepanjang ketiadaan entri baru
progress FYP saya
boleh dikatakan agak berjalan lancar

questionnaire sudah di fotostat sebanyak 100 copy
doktor medic
hurm...
alhamdullilah
Jabatan Kesihatan Negeri bersedia untuk memberi kerjasama

itu pun
setelah
2 hari setelah tiba di UMT
supervisor tiada di sini
kerana ada kursus di USM Kubang Kerian

transport juga sudah selesai
insya-Allah akan bergerak menggunakan van FST
(sebelum ini sekadar menempah sebuah rodeo)

cuma
peralatan sahaja yang belum selesai
kerana lab staff tiada
pergi berkursus

FASM
memang sokmo macam ini
di kala
pelajar sibuk dengan FYP
di kala itu jugalah
lab staff yang berkenaan tiada
pergi berkursuslah
pergi bercuti lah
missing in action!

dan
di kala pelajar sibuk ingin menggunakan makmal
di kala itulah
makmal ditutup
digunakan sebagai medan untuk pelbagai aktiviti

cuma surat jer belum ketemu
sekadar bergantung kepada fax sahaja
moga-moga berjaya untuk collect data
amin..

oh, nampaknya entri seperti sudah terpesong
mula-mula sekadar ingin membuat pengenalan
tapi nampak gayanya
pengenalan sudah menjadi seperti isi pula

oklah
mari kita kembali ke pangkal jalan

ingat lagi tak
entri yang lepas
saya pernah bercerita
pasal perjalanan saya ke PUSPEN Besut
yang penuh dengan cabaran

kali ini (hari ini)
lagi mencabar
di mana
Miss F memandu tanpa henti selama 4 JAM!
ya
terima kasih kepada NAS
kerana telah menyumbangkan begitu banyak keringat untuk menjayakan misi agak GILA
dua orang pelajar di bawah seliaan Dr. Y

perjalanan kami bermula seawal pukul 8.10 pagi
sepatutnya kata miss F
kena bertolak pukul 8.00
tapi disebabkan saya mengalami beberapa masalah yang tidak dapat dikongsikan di dalam blog ini

siapa tahu dimanakah terletaknya
Rumah Kebajikan Warga Tua Nurul Saadah?

Rumah Kebajikan tersebut
terletak di Jerteh
maka
perjalanan kami bermula di Jerteh

jika minggu lepas
perjalanan kami fokus pada Kampung Raja
kerana PUSPEN Besut terletak di Kampung Raja
maka
fokus perjalanan ialah Penarik - Permaisuri - Guntong dan seterusnya..
(sudah naik muat melihat segala macam signboard..)
seperti kata supervisor kami
rujuklah GOOGLE MAP

ini merupakan fasa pertama perjalanan kami

apabila lokasi sudah dijumpai
maka
perjalanan diteruskan ke Bachok
koordinat yang paling tepat ialah di TOK BALI TELONG
kerana
di situlah terletaknya
PUSPEN BACHOK

owh
lupa untuk mnegucapkan terima kasih kepada Mr. L
kerana menahan NAS di sempadan Pasir Puteh
dan memberikan petunjuk yang paling berguna buat kami
'KAPAL KARAM'
dan seterusnya 
'KIST'

mungkin Mr. L
agak terkejut melihat Miss F membawa kereta
yang berno plat N
berlesen di S
lahir di K
dan bertanyakan kepadanya
'di manakah Pusat Serenti Bachok'
Mr. L akan terkejut
tapi
memberikan petunjuk yang sangat berguna ^_^v
terima kasih yer

ini perjalanan fasa 2 kami
dari jerteh ke tok bali telong

 inilah lokasi kedua kami

lokasi kami yang seterusnya ialah tembila
sebuah lagi rumah kebajikan warga tua
yang kurang pasti namanya

 ini perjalanan fasa3
panas punggung duduk lama dalam kereta

dan lokasi terakhir kami ialah di Mydin
sebenarnya
ini tidak termasuk dalam senarai perjalanan kami
tapi disebabkan 
budaya di sini
kedai tidak akan bukak sebelum solat jumaat
maknanya
kedai akan buka selepas solat jumaat
maka
kami terpaksa mengisi perut dengan memakan fast food
(boleh lah jadi responden cik mel sebab dah makan fast food..hahaha)

ini lokasi yang tak termasuk dalam senarai kami
 
 
kami lunch di restoren pak cik ini

 inilah permulaan dan pengakhiran perjalanan kami

p/s: perjalanan yang sangat panjang

THE END!





No comments: