tiba-tiba
hari ini
segalanya tidak menjadi seperti yang dirancang
ini bukan ibarat sudah jatuh ditimpa tangga
agaknya ibarat sudah jatuh seperti nangka busuk dan akhirnya dihempap tangga
satu-satu
masalah timbul
inilah dugaannya
tak semua yang kita rancang berjalan mengikut rancangan
ada sahaja onak-duri
ranjau
dan apa sahaja lah yang seangkatan dengannya
mula-mula
pergi FST
niat di hati untuk 'confemkan' kenderaan esok
tapi
lain pula yang jadi
kenderaan yang ditempah
yakni van
telah pecah cerminnya akibat terkena balingan batu semasa memotong rumput
maka
yang tinggal hanyalah rodeo yang mampu memuatkan 5 orang sahaja termasuk pemandu
manalah cukup untuk menampung kami semua yang berjumlah 8 orang ni..
meminta rayuan di bahagian akademik pula seperti tercenggang pegawai di sana
maklumlah...
STUDENT
masa semakin suntuk
hendak berlari ke sana ke sini
meminta bantuan pun tak sempat
peralatan untuk pinjam esok belum diambil
sabar jerlah
dengan hati separa redha (terpaksa)
melupakan sebarang bentuk bantuan
terpaksa berdikari
menjadi kenderaan teman untuk ekspedisi ini
bila supervisor call
mula cuak
ingatakan ada apa?
rupanya supervisor memberitahu dia tidak dapat turut serta esok sebab perlu menguruskan visa
hati pula tiba-tiba dipanah petir
menerima berita yang tidak diduga
jabatan kesihatan nak bagi kerjasama?
huh
sila lupakan segala angan-angan ini
supervisor juga turut memberitahu perkara yang sama
sila lupa segalanya
terpaksa menggunakan tulang empat kerat esok untuk menguruskan 50 orang subjek
dan terpaksa mengambil langkah yang BERJAGA-JAGA
kerana harga sebuah RISIKO!
tiba-tiba
strips untuk cholesterol, triglyceride, hemoglobin dan glucose tak cukup
untuk subjek saya yang semuanya berjumlah 100 orang
yang ada
hanya cukup untuk 75 orang
sabar jerlah..
penyelesaiannya
terpaksa mengurangkan subjek menjadi 75 orang
ok lah tu..
rupanya dugaan hari ini belum cukup lagi
msm ketiadaan stok untuk alcohol pad
gara-gara budak yang bukan nutrition tapi berperangai seperti budak nutrition
faham tak?
maksudnya
student tu ambil barang secara berlebih-lebihan
sampai mengalahkan kami yang buat major nutrition
cukuplah
hari ini penuh dengan dugaan
semoga esok
segalanya berjalan lancar
amin..
2 comments:
Semoga tabah hadapi semua ini... Saya yakin suma akan berjalan lancar...
amin....
good luck kamu! :) pray that everything will gonna be okay :)
Post a Comment