Thursday, April 29, 2010

timun betik


appetizer - timun betik
dessert - timun betik
minum petang - timun betik

nasib baik
main courseku pada hari ini bukan timun betik
betul cakap yana
boleh kena poisining duk melantak timun betik
nak wat macam mana
kreativity ada untuk mempelbagaikan produk
cuma peralatan jer yang terhad
nasib baik juga
tiada blender untuk wat jus timun betik
sangat lengkaplah menu seharian

buat siapa-siapa yang tak tahu
timun betik ni bukanlah buah yang terhasil sebab mengkacukkan timun + betik
spesis memang telah sedia ada wujud
bentuk dia macam timun
tapi saiz giant
bila sudah belah
macam honey dew
bau pun sangat wangi
macam honey dew
tapi jangan terpedaya
rasanya tak seperti honey dew langsung
sangat tawar
kena makan dengan pencolek
baru terangkat
hihihi

saya pun baru tahu kewujudan spesis ini
sebab my coursemate buat pasal timun betik
kalau tidak entah bilalah mempunyai pengetahuan tentang buah ini

disebabkan coursemate saya hanya mengambil biji dan empulur sahaja
maka
buahnya merupakan sisa bagi projek mereka
disebabkan tidak mahu membazir
maka buah-buah ini pun disedekahkan kepada sesiapa yang berminat

hari ini nak belajar texture analyzer
tapi belajar sekerat jalan
sebab risau pasal adapter
nasib baik berjaya diselamatkan lagi
kalau tak pengsanlah nak beli adapter yang baru

2 comments:

Anonymous said...

mcm xmkn pape je buah tuh..huhuhu

nourel A said...

hahaha..tahu xpe..xrasa apa2 pn...tawar jer...