Saturday, February 20, 2010

semakin hilang fokus

entah kenapa
saya semakin hilang fokus
suka buat benda-benda yang tidak berfaedah
padahal banyak kerja yang terpekik terlolong minta disiapkan
ini adalah salah satu kerja yang tidak berfaedah yang saya lakukan
update blog
update blog boleh
nak update buku log?
berkurun lah

mungkin blog cerita pasal saya
tapi fyp pun cerita pasal saya juga
pasal saya dalam konteks yang berbeza

fyp
pasal saya dan penyelidik-penyelidik lain
pasal drug addict
mungkin saya perlu jadi drug addict baru boleh buat proposal dengan jayanya
hurm....
jangan nak mengedik!
kalau macam tu si Fatimah perlu menjadi orang tua
dan che ana perlu ada osteoporosis
hahaha
very funny!

masalahnya satu sahaja
saya tidak FOKUS
bila lah saya boleh mendapat titik FOKUS saya?
bila dah terhantuk
baru nak terngadah?
lepas tu semua benda pun dilanggar nya
nak macam tu?

hurm..
manusia
selagi ada saat-saat terakhir
selagi ada peluang-peluang terakhir
saat-saat dan peluang-peluang itulah yang dok direbutnya

selama ini
mungkin
mata buta
telinga tuli
lidah kelu
hati mati
tangan cacat
kaki tempang
atau hidung tersumbat?
dengan peluang yang ada didepan mata

ya
doakan saja
esok
hari cerah
sentiasa cerah
untuk sepanjang sem ini
dan masa-masa akan datang

p/s: sape tahu macam mana nak print autoCAD? sila angkat tangan...

No comments: