Monday, February 8, 2010

macam-macam

ya
sekarang
perasaan bercampur-baur
baru tadi menerima kekalahan dengan redha
maka, sekarang masih lagi bersedih dengan kekalahan yang baru berlaku

sekarang mata sudah mengantuk
kepala sudah pening
lab report belum siap
harus menyiapkan malam ini juga
sebab esok sudah mahu hantar

hahaha
inilah nasib budak yang balik awal
sangat kelang-kabut hidup

esok harus menghantar surat cinta kepada penasihat kelab
terpaksa yer menulis surat cinta
kalau tak jangan harap saya akan menulis surat cinta ditujukan khas untuknya
lebih reda hadir ke AGM
walaupun angkat tangan dengan terpaksa kepada calon-calon yang layaklah kononnya
dan menyaksikan perebutan kuasa antara 2 course
sangatlah menarik
rugi plak tak dapat tengok aksi-aksi menarik ini
hahaha


semangat untuk menyambut cuti juga sudah menurun
kerja berlambak-lambak
~facilities
~report nutrition in community
~FYP - kena wat macam tesis
~seminar
menyesal pulak sebab balik
tapi terpaksa balik
untuk dapat duit dari ayahanda
duit pemberian ikhlas dari kerajaan yang terpaksa bayar balik lepas bergraduat sudah semakin susut
sangatlah berjaya membelanjakan duit tersebut
hahaha
inilah akibatnya belajar akaun tapi tak praktikkan

esok terpaksa jumpa supervisor
supervisor sudah mahu berjumpa dengan anak-anak buahnya
esok pukul 5
tidak tahu pukul berapa saya akan berangkat keluar dari umt
hopefully habis awal
kalau tak terpaksalah guna plan B

kesimpulannya, memang bercampur-baur
meminta ihsan coursemate menghantar poster nutrition community
hmmmm....

No comments: