KONVENSYEN MAHASISWA MELAYU 2010
mula-mula memang tak terfikir pun nak pergi ke konvensyen ini
walaupun tiap-tiap harilah atau yang paling tepat sekali tiap-tiap malam mendengar pengumuman pasal benda ini
tapi memang tak tergerak pun hati nak pergi ke konvensyen ini
entah bila hati saya tergerak pergi
saya pun tak pasti
yang pasti saya pergi bukan saya hendak pergi ke konvesyen ini
faham maksud saya?
saya pergi bukan semata-mata hendak pergi ke konvensyen ini
saya pergi semata-mata hendak dapat sijil+sticker
2 instrument penting yang menentukan sama ada anda layak untuk tinggal di asrama semester depan atau tidak
hanya 2 perkara itu sahaja yang membolehkan saya mengeluarkan duit RM40 dan meluangkan sedikit masa untuk pergi ke konvensyen
saya tak terfikir langsung saya akan berjumpa dengan Tun Dr Mahathir
atau siapa-siapa sahaja
apa yang saya tahu saya perlu mendapatkan sijil dan sticker
(sila jangan ikut perangai yang tidak elok ini)
agaknya disebabkan niat saya hanya nak dapat sijil dan sticker
maka saya bangun agak lambat hari ini
dan terkocoh-kocoh menyiapkan diri
sehingga saya terlupa hendak membawa bateri kamera
padahal kamera telah saya masukkan dalam beg
semuanya gara-gara terlewat bangun
ini sahaja lah gambar yang saya boleh uploadkan
ini pun gambar tag saya yang saya tangkap apabila tiba di bilik
tapi bagus lah konvensyen
rugi kepada mahasiswa melayu yang tidak hadir
ia banyak bagi motivasi bagi saya
maklumlah motivasi saya semakin menurun sejak akhir-akhir ini
kawan saya yang patriotik seorang ni
dia cakap dia rasa nak nangis jer bila salam dengan Tun
saya pun rasa macam tu terumata bila semua pembentang menyampaikan wacana masing-masing
sangat-sangatlah tersentuh dengan apa yang mereka katakan
semoga di masa akan datang akan lebih banyak lagi program seumpama ini akan diadakan
oklah
perlu sambung kerja yang menjerit-jerit minta disiapkan
motivasi pun dah pulih sikit
jom sambung kerja!
2 comments:
kongsi la cerita tentang konvensyen tu...nak taw gak...
nntilah en.hafiz. kalo ade mase saya akan ceritakan..
Post a Comment