Saturday, January 23, 2010

bercampur-baur


tiba-tiba hati teringin untuk makan menu di atas tapi akal tak bagi sebab dengan pelbagai alasan..

hati kalau bercampur-baur
susah nak dikata
ada sedih, stress, suka
akibatnya kerja tak jalan
sebab dok fikirkan pasal hati

hati bukan makanan
walaupun hati ayam, lembu dan sebagainya adalah makanan
makanan kalau dicampur dengan pelbagai jenis ramuan
akan menghasilkan menu yang sedap

tapi hati tidak
bila hati tak normal
nak fikir pun tak boleh
apa yang boleh dilakukan hanyalah berkhayal

hati adalah raja
akal adalah perdana menteri
sekarang perdana menteri tidak menjalankan tugas
maka raja mengambil alih pemerintahan
dan memerintah sesuka hati

bila perdana menteri kembali bertugas
segalanya mungkin sudah terlambat atau masih boleh diperbetulkan
semuanya terpulang kepada perdana menteri untuk sedar akan tugasnya atau raja yang menyedari dirinya tidak layak memerintah
sekadar duduk di singgahsana
lambang kedaulatan diri

No comments: