Tuesday, December 8, 2009

yuhooooooooooooooo.......dpt update!!!

baru seminggu lebih tak update macam-macam hal terjadi dalam kehidupan saya
ada yang manis, pahit, masin, kelat, tawar, payau
pendek kata cukup segala-galanya
ingat lagi tak entri saya yang lepas bertajuk 'sebenarnya itu hak kami'
alhamdullilah....
hasil perjuangan saya dan kawan-kawan ibarat turun naik mahkamah demi mempertahankan kes kami
(walhal turun naik pejabat asrama)
akhirnya asrama itu menjadi hak kami
syukur yang amat
tak sia-sia penat lelah
mungkin itulah hikmah nya
satu kemanisan apabila perjuangan kami berjaya
amin...
ini kisah yang sangat manis

tapi lain pulak dengan seorang lagi ni
punyalah dia mengamuk apabila mendapat kami semua mem'blah'kan diri dari rumah puaka ini
sepertilah mesej serang sedia menanti kami apabila berita kami berjaya di medan perjuangan sampai kepadanya
dan yang lebih teruk lagi apabila berita kemenangan disampaikan oleh orang lain

kadang-kala terfikir
adakah dia manusia?
kalau dia manusia mesti dia mempunyai hati dan perasaan
tapi masalah nya saya tidak melihat dua sifat pemberian Allah ada padanya
maaf entri kali ini agak kasar bunyi nya
sesuai jugak dengan orang
dia tidak melihatkah betapa kami terseksa zahir dan batin
jadi, apa perlunya kami tinggal bersama nya????
sila jawab!!!
adakah dia gembira melihat kami semua yang terseksa jiwa dan batin
adakah dia gembira melihat kami seperti kuli di dalam rumah kami
umpama kes bergantung tak bertali
tapi itu kes suami isteri
ini bukan kes suami isteri
tiada suami
tiada isteri
tapi begitulah umpamanya kes kami

kadang-kala terfikir
adakah dia tahu ramai orang tak suka padanya?
tentulah dia tak tahu
sebab dia penuh perasan bahawa dia lemah-lembut, alim, sopan-santun, ayu
hakikatnya TIDAK!!!
apa itu lemah-lembut apabila menghantar mesej maki-hamun orang?
apa itu alim jika keluar dengan berdua dengan lelaki bukan mahram?
apa itu sopan-santun jika setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya menghiris hati orang lain?
apa itu ayu apabila kejadian kerusi ditendang dua kali berlaku di depan coursematenya???

kesimpulannya
dia tidak ayu, sopan-santun, lemah-lembut atau alim
dia hanya manusia yang tidak matang fikirannya
selalu merasa dirinya teraniaya
walhal dialah yang menganiaya orang
dia hanya manusia yang berfikir mengikut logik nya sahaja
walhal fikirannya itu salah
dia hanya manusia yang sesuka hati menghamburkan perasaannya tanpa mengambil kira perasaan orang lain
dia hanya manusia yang terkena kejutan budaya
baginya 'lelaki' itu penting
maka dia berusaha memenangi hati lelaki
sehingga sanggup merampas hak orang lain

terlalu banyak kemaafan telah diberikan
terlalu banyak doa dipanjatkan supaya dia berubah
sehingga sampai tahap
tiada lagi kemaafan untuknya
tiada lagi doa dipanjatkan untuknya

seorang yang pernah bergelar sahabat meninggalkan parut yang dalam kepada insan yang masih mengenangnya sebagai sahabat
seorang pernah bergelar sahabat meninggalkan pengajaran yang tidak dapat dilupakan buat insan yang sentiasa bersamanya suka duka bertahun-tahun lamanya
seorang yang pernah bergelar sahabat sanggup menitiskan airmata insan yang menganggapnya sebagai sahabat
seorang yang pernah bergelar sahabat melenting apabila ditegur oleh insan yang menyayanginya

seorang yang bergelar sahabat tak akan menipu sahabatnya
tak akan berpaling tadah
tak akan bertalam dua muka
tak akan merampas kekasih sahabatnya
tak akan memaki-hamun sahabatnya
tak akan menikam dari belakang

ini kisah pengalaman saya
diketemukan dengan insan yang bergelar sahabat tapi tiada ciri sahabat
mungkin pertemuan dan persahabatan ini memberikan pengalaman yang paling berharga dalam hidup ini
semoga saya dan kawan-kawan
aman damai dari gangguan nya
AMIN...

No comments: