Monday, December 21, 2009

wahai adik-adikku

pertama kali dalam sejarah pengajian di UMT
semasa lecture lampu terpadam
bukan suprise birthday party
tapi memang blackout

sesuai sangat time blackout
suasana dalam kelas juga sudah tegang
mana tak nya, budak mate kewang yang sepatutnya belajar akaun bersama-sama dengan kami sepanjang semester ini tidak menampakkan diri
selepas 1 jam, barulah seorang-seorang muncul
itu pun hanya 25% jer kot yang hadir
yang lain...
menurut arahan mesej yang palsu
sampai lecturer kat depan sudah berubah wajah
mana taknya
ada student yang pandai-pandai membatalkan kelasnya

pening kepala kak ice dan hafiz
lain yang di inform
lain pulak yang jadi
salah fahamkah?
tak mungkin!
kesian mereka
sepatutnya beban itu terletak pada saya
memandangkan saya yang meng'incharge ' subjek ini

wahai adik-adikku
jangan salahkan kami
kami tak terlibat dalam politik kamu
sepatutnya segala informasi lagi cepat dan tepat disampaikan memandangkan kamu semua duduk di asrama
kami yang duduk bersepah-sepah pun boleh menyampaikan mesej secara berkesan
apatah lagi kamu

wahai adik-adikku
kamu sekarang di universiti
bukan di sekolah lagi
segala maklumat tak datang dengan sendirinya
perlukan usaha untuk mencari
jangan mengharapkan sesiapa
carilah sendiri

wahai adik-adikku
ini bukan kesilapan pertama kalian
kenapa tidak diambil iktibar dan pengajaran dari kesilapan yang pertama
kenapa kamu sendiri tidak mencari maklumat tersebut

wahai adik-adikku
jadilah manusia yang disiplin dan mendengar kata
saya tahu dunia kita berbeza
walaupun dunia berbeza
disiplin tetap yang utama

p/s: hopefully takde masalah lagi pas ni (^_^)

No comments: