Wednesday, December 23, 2009

teleconference + quiz online



rasa macam pernah dengar jer Universitas Padjadjaran (UNPAD)
tapi di mana yer?
owh... baru saya teringat
saya pernah apply Universiti ni selepas SPM
biasalah budak-budak lagi
fikiran tak matang
saya pun dah tak ingat kursus apa yang saya mohon...

indah khabar dari rupa??
sori lah kepada siapa-siapa yang AJK dalam program
saya lapar, tak breakfast
cakap breakfast provided
memanglah breakfast provided tapi...
alahai...
dah lah nampak 'BIAS'
sungguh tidak adil
saya juga ditegur oleh seorang AJK kerana saya menegur pasal makanan
memanglah saya bukan 7 orang yang sempat memberi nama kepada Hafiz
tapi tak boleh ker berlaku adil?
mana duit jabatan
takkanlah bajet segitu jer
kelab lain buat program boleh jer sediakan makanan yang memuaskan hati
tapi kenapa kelab ni tak boleh?

lepas tu muka-muka orang atasan juga muka orang yang sama jer..
kalau tak dia, kerabatlah, kawanlah, family dia jugak
kalau dia yang jadi pengarah projek, AJK-AJK yang terlibat geng-geng dia
walhal geng-geng dia tak buat kerja pun
nanti yang buat kerja orang yang tak de pangkat atau nama
alah...orang-orang yang senang di buli

tak nak bagi peluang ker kat orang lain?
patutlah setiap kali ada program tak pernah ada perubahan
sebabnya hanya orang-orang yang sama saja berada di singgahsana
kelab lain takde plak macam tu
ahli biasa pun boleh jer jadi pengarah projek

mesti ada yang fikir saya sakit hati mereka
tidak
sebab saya memang tak layak pun mengorganisasikan suatu program
sebab ia sangatlah memeningkan kepala
cuma saya berharap kiranya diberi peluang kepada mereka-mereka belum menonjol
tak salah kan?
waktu kerja nanti pun tak kanlah mereka yang berada di atas sana nak conquer semua perkara
mesti delegate dengan rakan sekerja
tak gitu?

jangan pandang sebelah mata pada mereka-mereka yang tidak menonjol sekarang
mana tahu mereka lagi menonjol dari mereka yang berada di atas sana
tak salah kan kalau bagi peluang?
fikir, fikirkanlah

saya tak terfikir langsung ada quiz online
sebab hari ini tak de kelas
so, dengan selambanya saya pergi pam tayar dan pergi ke farmasi di sri manja
bila saya diberitahu
semuanya telah terlambat
quiz telah pun ditutup
sedih giler
tak tahu lah final grade saya macam mana nanti

ntahlah
macam-macam benda yang terjadi
saya dah tak mampu nak kunyah dan hadamkan...

No comments: