tup tap tup tap
tak sedar semester 5 telah pun berakhir pukul 9.45 pagi tadi
pertama kali dan terakhir untuk semester ini
saya keluar dewan awal
hahaha
tak sedar jugak rupanya saya berjaya untuk duduk serumah dengan si psycho
1 semester yang cukup perit untuk diharungi
penuh dengan tangisan, keringat dan macam-macam lagi
hanya yang terdekat sahaja yang mengetahui
betapa makan hati berulam jantung sahaja setiap hari
syukur
segala kesusahan akhirnya dapat diharungi
habis-habis exam jer
kepala kembali berserabut
macam mana nak kemas rumah
macam nak letak barang di tempat yang tinggi
mendobi baju yang penuh sebakul
packing barang untuk balik
kemas-kemas nota
motor yang perlu diantar di tempat yang selamat
banyak rupanya hal-hal yang perlu diuruskan
bertambah berserabut kepala apabila memikirkan ada insan yang balik lambat
sehingga menyusahkan saya mengemas barang kerana terlampau consider sangat dengan die
apabila semester berakhir
duit pinjaman pun berakhir dengan jayanya
semester berakhir mempunyai correlation yang sangat kuat dengan duit pinjaman
mana tak nya perlu membayar bil sama seperti orang duduk 24 jam di rumah
walhal sehari suntuk bermaustatin di library
hmmmmm
yang tak lekat kat rumah juga lah yang perlu menguruskan seisi alam hal rumahtangga ini
tapi pengalaman memang sangat berharga
dari tak tahu menunggang motorsikal
kini sudah boleh memecut laju dan membuat corner baring
hahaha
dari yang tak tahu membayar bil
kini dah tahu menggunakan perkhidmatan pos yang terletak di sebelah jembal inn
dari tak tahu macam mana nak membelah-belah barang dapur
kini boleh memguruskan hal-hal dapur dengan cekap
hahaha
hidup walaupun terseksa tapi tetap indah
keindahan untuk menerima segala qada' dan qadar
keindahan untuk meredhai
keindahan untuk melihat sesuatu di sebalik kejadian sebagai hikmah nya
walaupun kepedihan tetap terasa
semoga keindahan ini dapat membalut luka-luka kepedihan ini
amin...
No comments:
Post a Comment