(sebenarnya nak ambik gambar hujan dari dalam library
tapi takde tingkap yang yang paling dekat, so, ambillah kat bilik karel..hehehe)
tahu
sekarang ni dah bulan november
dah 5 hari bulan
di sini
maksudnya pantai timur terutamanya terengganu (kelantan saya tak tahu)
sudah masuk tengkujuh
hari ni
satu hari hujan
walaupun bukan berterusan
berhenti sekejap-sekejap (betulkah ayat ini? macam tak betul pulak!)
library hari ini pun aman dan damai
sebab tiada anasir-anasir jahat yang membuat bising
tak dapat duduk kat bilik karel pun tak pe
suasana kat sini pun aman gak macam bilik karel
sebut pasal musim tengkujuh ni
semua aktiviti luar campus terpaksa dibatalkan
ini bermakna aktiviti gunung tebu yang dijadualkan akan berlangsung pada semester ini pun terpaksa ditunda untuk semesta depan
(kah kah kah ....)
lecturer saya yang nak pergi pulau redang pun terpaksa membatalkan hasratnya kerana pulau redang ditutup
langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk pulang bercuti nanti
antaranya ialah dengan meletakkan semua barang dibahagian atas
(kalau tak terpaksa membina tugu peringatan seperti rumah sebelah)
hantar motor di tempat selamat agar tak hanyut semasa banjir
lain-lain akan difikirkan kemudian selepas exam ini
sejak duduk rumah sewa saya dapat rasa saya menjadilah semakin tidak mature nya
tengoklah entri-entri saya dalam blog
macam budak-budak jer
malunya bila baca blog orang lain
terasa alangkah tidak mature nyer diri ini
mungkin selepas ini saya akan menukar gaya penulisan saya agar menjadi lebih mature lagi
tak lah banyak sangat luahan perasaan
malunya kalau orang lain baca
nasib baik hanya orang tertentu sahaja yang dapat membaca blog
kalau tak....
ish, malu, malu
saya ada terfikir untuk menukar setting blog ini agar dapat dibaca oleh semua
tapi sayang pulak nak delete nak entry-entry lama yang bakal menimbulkan pergaduhan besar pulak
ada juga terfikir untuk membuat blog baru
yang penulisannya lebih menjurus kepada saya sahaja
sebenarnya banyaklah benda yang boleh saya jadikan entri di sini
taklah semua entri saya pasal budak tu jer
entahlah
segala-galanya akan difikirkan semasa cuti nanti
Insya-Allah
No comments:
Post a Comment