Saturday, November 14, 2009

lepas abis exam

masa tengah exam
semua benda yang tak boleh dilakukan masa exam
semua ingin dibuat dengan perasaan yang berkobar-kobar
maksud benda yang tak boleh dilakukan masa exam ialah benda-benda yang boleh menyebabkan hilang fokus masa exam
masa tengah baca nota, bukan kepala ni dok ingat apa yang dibaca
tapi dok mengarang ayat yang sesuai untuk dibuat entry
memang tak patut
lepas exam jer plak segala kemalasan menjalar dalam diri

masa exam
belum pukul 12 lagi mata dah kuyu
bila dah abis exam mata segar bugar jer walaupun dah pukul 2-3 pagi

masa exam
excited giler nak bukak broadband
bila dah abis exam nak bukak laptop pun malas

masa exam
semua benda nak makan walaupun poket makin menipis
bila dah exam
hmmmmm
selera tu dah tiada
tak tahu ke mana menghilang

banyak sebenarnya perubahan semasa exam dan lepas exam
macam semalam
rasa macam malas gler nak balik rumah
walhal masa exam
punya lah excited nak balik rumah
dah siap plan apa yang patut dibawa
apa yang patut dikemas
kenapa selepas exam rasa excited tu takde?

masa exam
berkobar-kobar nak baca novel yang dipinjam di libarary
ble boring baca nota mula lah baca novel
g kat bahagian novel
cari novel yang best2
masa tu berharap sangat dapat abis exam awal sebab boleh baca novel
tapi kenapa sekarang takde mood nak baca novel?

masa exam excited nak cari journal
walaupun supervisor cakap fokus pada exam dulu
lepas exam
tak sure iman di hati ini seteguh mana untuk pencarian journal
selepas pertemuan bersama supervisor tempoh hari
rasa cam kena tukar tajuk jer..
tapi tak tahu nak buat apa
kena fikir dan minta petunjuk dari Allah

tak sure
adakah segala perancangan dalam kepala ini akan menjadi kenyataan
sesungguhnya bila berada di rumah
banyak sungguh dugaan dan ujian untuk melaksanakan segala projek di dalam kepala ini
hanya yang kuat iman jer yang mampu melaksanakan apa yang dirancang
semoga saya menjadi seperti itu juga amin

p/s: berharap sangat tak banjir kat taman tanjung permata

No comments: