salam sejahtera
semalam saya tidak sempat meng'update' blog atas kesibukan menyiap segala kerja sebelum balik bercuti raya
kami telah diberi kerja yang banyak yang perlu disempurnakan sebelum cuti raya
huhuhu
inilah kehidupan sebagai pelajar sains makanan
budak course lain sekarang ni dah boleh tersenyum gembira untuk pulang ke kampung
tapi kami tidak
semakin dekat tarikh untuk pulang ke kampung menyambut Lebaran
semakin dekat tarikh penghantaran assignment
Kalau di buat Medical Nutrition Therapy (MNT)
kami boleh dikategori kan sebagai trauma
huhuhu
semester ini kepala dok berserabut belajar term2 medic
naik biul kepala ini dok fikir macam mane nak mengeja perkataan yang disebut oleh Dr.Y
itu belum lagi rakan di sebelah dok tanya "Dr. cakap pe eik tadi?''
demi mendengar pertanyaan rakan itu
maka, kedua-dua nyer pun tidak catcth up apa yang dicakapkan oleh si lecturer
itu belum lagi betapa laju nyer si lecturer menyampaikan kuliah nyer sampai tak same dengan kelajuan otak kami untuk terima kuliah nyer
kelajuan kami x same
maka terjadilah kejadian mengantuk dalam kelas
sebenar nyer bukan ini yang saya ingin sampaikan
tapi disebabkan semalam sehari suntuk berada di kampus
dari pagi sampai ke malam
sekadar ingin memberitahu betapa penat nyer semalam
saya sebenar nyer ingin menceritakan kawasan kediaman kami
jiran-jiran kami terdiri daripada berbilang status
ade student, staff, budak master & tutor
student plak ade student umt and student udm
student umt plak ade course food sc and entech (environment technology)
disebabkan housemate saya yang sorang ni sangatlah keanak-anakan
beliau telah membeli bunga api dan mercun bawang di bazaar
maka, beliau telah mengisytiharkan mercun street fighter
walaupun hanya sekadar mercun bawang
budak entech yang merasa tercabar telah membuat bising dengan bunyi2 mercun
dengan menyalakan mercun mereka yang nyata lebih canggih selepas berbuka puasa
sehingga seorg staff di kawasan kejiranan kami yang baru sahaja masuk ke rumah selepas mengambil wuduk di luar rumah keluar semula untuk memastikan kereta nyer yang parking di luar garaj berada dalam keadaan selamat
hahaha
kami semua memang x mature lagi
macam budak-budak jer main mercun and bunga api
name jer budak u
tapi saya gembira mendengar kemeriahan mereka bermain mercun and bunga api di luar rumah
malang nyer saya tidak join sekali berperangai keanakan-anakan kerana terikat dengan komitment
hahaha assignmnet lh tu...
ade lagi 2 tugasan yang perlu diselesaikan sebelum balik bercuti raya
lab report nutrition and proposal
dua-dua nyer otw utk siap dan akn terus di hantar apabila tiba tarikh penghantaran
okey lah perlu menyiapkan dua tugasan tu
P/S : tinggal 4 hari utk balik kg and 5 hari lg utk raye
No comments:
Post a Comment